Pelakon dan pengacara Didie Alias meminta orang ramai menghentikan spekulasi serta menghormati proses siasatan polis terhadap kes melibatkan sahabt baiknya, pelawak Along Cham. Memetik Kosmo, Didie turut berharap tiada spekulasi liar mengenai kes pelawak tersebut bagi menjaga perasaan keluarga Along serta mendoakan agar dipermudahkan urusannya. “Kita jaga nama dan aib dia serta keluarganya. Saya bukan nak membela sesiapa, cuma jangan dibesar-besarkan perkara ini. “Lagipun benda dalam siasatan. Doakan semoga urusan dia dipermudahkan, saya tak nak besar-besarkan isu ini,” katanya. Dalam pada itu, Didie turut memohon orang ramai menghormati privasi penggiat seni. Terdahulu, Along didakwa atas pertuduhan memiliki ganja di dua mahkamah berasingan membabitkan ganja seberat 58.23 gram (g) dan 2.07g. Sumber – Kosmo, Rotikaya
|
ADVERTISEMENT