CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badan Neelofa berisi sebab tomyam dan ikan stim, bukan hamil

3-1-2025 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25944| Komen: 24|Original author: Raline

 


Didakwa hamil anak ketiga, usahawan selebriti terkenal Neelofa tampil menyangkal spekulasi tersebut bagi mengelakkan terus menjadi bualan ramai.

Menurut Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, badannya kelihatan berisi bukan kerana hamil sebaliknya gemar menikmati makanan Thailand.

“Perut berisi tomyam dan ikan stim limau,” selorohnya dalam ruangan komen.

Dakwaan tersebut timbul apabila seorang individu tertanya-tanya melihat perubahan fizikal bekas pengacara MeleTop itu.


“Giliran Abbas jadi abang pula ke? Tengok macam Neelofa tengah berisi,” kata peminat itu.


Ini bukan kali pertama netizen mendakwa Neelofa berbadan dua terutama selepas melihat perubahan fizikal pelakon terbabit.


Sebelum ini, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 3-1-2025 06:37 PM
lengan tu gelebeh sangat
tang bahu aja dah nampak ko gems

semoga tahun 2025 neelofa pregnant anak ketiga

Quote Piramida 3-1-2025 06:43 PM
Tak nampak gemok tomyam ke kurus ikan kering ke apa ke.. sbb bungkusan seluruh badan gelebeh labuh bagai.
Kelebihan berbungkus mcm hajjah.
Quote Lampuled 3-1-2025 08:07 PM
Lopa senang hati skrg sbb dh tak jadi bahan serangan
Quote abadi84 3-1-2025 08:08 PM
Org dah bertutup elok pun sibuk dok telek2 badan dia. Tak ade keje netizen ni.
Quote Leonclay 3-1-2025 08:22 PM
Gambar mana yg nmpk dia berisi sbb mkn tomyam & ikan stim?
Quote doubleA 4-1-2025 01:30 AM
Kalau peknen lagi pun tak pelik la dah memang dia berlaki. So peknen jelah tiap bulan tiap tahun pun no one cares
Quote pocongkiutss 4-1-2025 02:05 AM
Wateva la jahlop..jgn ko terkinja2 pegi kelab sudeh
Quote Rogue98 4-1-2025 04:45 AM
Kalau dah katek anak 2 berisi lah...apa tomyam ikan stim pulak..
Quote Zeelalala 4-1-2025 04:53 AM
motif baju pink tu nampak melekat peha? hurrrmmmm
Quote L.U.S.M 4-1-2025 09:48 AM
Itu hari aku ckp dia ni berjubah jilbab purdah sbb badan gemok korang xcaya..naahhhh tuan punya badan sendiri dh confirm dia overweight..hehe
Quote zehra2 4-1-2025 10:14 AM
kalau  dpt baby girl pun ok sangat lah..
sebab family lopa mmg yg terkenal yg belah perempuan je
Quote black_handbag 4-1-2025 10:57 AM
pesen niqob apa ni.. kena tiup angin boleh nampak satu2 lekuk badan ko lopa. tak pernah aku tgk org pakai niqob tp gigih tunjuk aurat badan berlekuk2.. tapi mukatetap tutup
Quote Insomniacs 4-1-2025 11:29 AM
Tak tekejut sbb dia mewarisi body mamatini
Quote vanillaessence 4-1-2025 03:42 PM


Selebriti dan usahawan, Neelofa tampil menafikan dakwaan sedang hamil anak ketiga dan berkata dia kelihatan berisi kerana perut berisi tomyam.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Neelofa telah memuat naik satu video memaparkan rutin hariannya sebagai seorang ibu kepada dua anak.
Nafi hamil, Neelofa seloroh perut berisi tomyam

Pada video tersebut, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor telah berkongsi aktiviti-aktiviti yang dia lakukan sepanjang hari, termasuk pekerjaannya.

Neelofa turut memaparkan video dirinya yang sedang menyediakan hidangan buat keluarganya disamping turut menunjukkan dirinya sedang melakukan perbincangan bersama beberapa individu yang lain.

Salah seorang pengikutnya di Instagram kemudian berkata selebriti berusia 35 tahun itu kelihatan berisi disamping turut melemparkan soalan sama ada Neelofa sedang hamil.

Susulan itu, bagi mengelakkan terus menjadi bualan ramai, Neelofa tampil menafikan dakwaan itu dan membalas komen berkenaan secara berseloroh.

“Perut berisi tomyam dan ikan stim limau,” katanya berseloroh.

Ini bukanlah kali pertama netizen mendakwa Neelofa berbadan dua terutama selepas melihat perubahan fizikal usahawan itu.

Sekadar info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas 1.

[ig]https://www.instagram.com/p/DEPRuD2S3Fd/[/ig]
Quote vanillaessence 4-1-2025 03:45 PM
[youtube]0BYOmrM884A[/youtube]
Quote vanillaessence 4-1-2025 06:02 PM
[youtube]fKvIT4thI58[/youtube]
Quote rainbowrainz 4-1-2025 08:29 PM
Iols park dulu
Quote virgocircus 4-1-2025 08:31 PM
Lor kalo betul apa salahnya. Masih bertenaga ni teruskan je...
Quote apedehal 4-1-2025 09:12 PM
Sibuk betul naughtijen tilik perut org

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.105009 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top