Peminat rata-rata teruja dan memuji kemampuan anak kepada pasangan pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin yang dapat menghafal lagu ibunya, Sayangi Dirimu.
Dalam video yang tular di TikTok, Nur Fatima Aisya, 5, menyanyikan lagu ibunya saat sedang ditatarias.
"Memang anak yang bijak Fatima ini. Boleh hafal lirik dan melodi lagu mommy dia," tulis satu netizen.
"Alhamdulillah. Nyama (Fatima) cerdik guna otak kanan, mudah hafal sesuatu.
"Semoga Nyama akan direzekikan membesar dan menjadi seorang hafizah, penghafal al-Quran yang boleh al-Quran. Amin," tulis seorang netizen lain.
Lagu Sayangi Dirimu dipopularkan Fazura dilancarkan pada 2017 mengisahkan mengenai seorang wanita yang bangkit daripada kecaman dan terus mengejar impiannya.
Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|