CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ameera Khan excited dijangka bakal kahwin, siap mention Jefri Nichol

3-1-2025 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16331| Komen: 59|Original author: Raline

 


Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan mencuri perhatian selepas dia membuat trend TikTok yang menggunakan filter ‘In 2025, You Will….”.

Menerusi video tersebut, Ameera mendapat keputusan yang didapati daripada jangkaan tersebut mengatakan bahawa dia akan berkahwin pada tahun 2025.

Meskipun hanya gurauan dan hiburan semata-mata, namun adik kepada selebriti Noor Neelofa ini kelihatan teruja apabila mendapat dua kali keputusan sama.

Malah, Ameera turut ‘mention’ jejaka yang dikatakan bercinta dengannya, iaitu Jefri Nichol dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, Ameera memaklumkan keluarganya ‘merestui’ hubungan yang terjalin bersama jejaka tampan Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi video siaran langsung, Ameera berkata ‘restu’ daripada ahli keluarga lebih utama daripada orang luar.


Sebelum ini, kemesraan dan keakraban antara Ameera dan Jefri meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.

Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.

Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.


Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

Malah, baru-baru ini tular sebuah foto mendakwa Ameera dan Jefri saling berpegangan tangan ketika bertemu di Jakarta.

Sumber: XTRA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 3-1-2025 10:41 AM
derang betul2 bercinta ke? mcm tak pecaya bebi pilih jejan kabaret ni je
Quote melinda_kerr 3-1-2025 10:43 AM
sebelum nikah nanti sila suruh pasangan buat medical check up details skit.. dah tiduri ramai org tu scary jer dgrnya
Quote dewi_rina 3-1-2025 10:49 AM
Ni laki yg keberapa ni dijangka berkahwin? Dua-dua pun jenis terdesak
Quote emera 3-1-2025 11:15 AM
Elokler tuh. Korg mmg sekufu serba serbi.
Quote doubleA 3-1-2025 11:20 AM
Kalau dah berjodoh tu sekufu la so padan la dua2 ewwww
Quote jihyomelly 3-1-2025 11:22 AM
kawin je la memang sekufu pun dua2..mama tini pun mesti gumbira baby nak kawin…
Quote apikwaeh 3-1-2025 11:22 AM
Semak je memperbanyak warga konoha yg low class dgn attitude parah. Pindah indon sana lagi baik lah. Dah elok sekufu tu
Quote watachiwa 3-1-2025 11:41 AM
nanti boleh buat usrah dgn biras
Quote pisanggoreng 3-1-2025 11:55 AM
Edited by friedfishsoup at 4-1-2025 11:31 PM

----
Quote amyfaha 3-1-2025 12:54 PM
Marketing je ni. Tgk jefri ni pun da start2 tunjuk pakai barang2 yg ank mamatin ni jual. Mustahil mamatin yg 24jam zikir,24jam mengislamickan diri restu snk dia laki cam giniiii. Utk tambah pendapatan boleh la
Quote sukacactus 3-1-2025 12:58 PM
Nyemak je citer pasal 2 ketul ni
Quote intan244 3-1-2025 11:09 PM
is this real? asal nmpk muka mcm org dlm article?
Quote sharlenetexas 3-1-2025 11:11 PM
Semoga terjadi.

Quote naina 4-1-2025 12:12 AM
Semoga menjadi kenyataan naik pelamin 2 mempelai ini ya. Aamiin aku doakan. Tak kira berapa banyak red flags 2 makhluk tetapi mereka sekufu.
Quote Minyakyuyi 4-1-2025 12:54 AM
Tgk cerita tamil ada pelakon muka sipi mcm lmk..
Tamannaah bathia
Quote katakauu 4-1-2025 12:56 AM
Pegang tgn dh kauuuuu menangis ipau tengokkk
Quote brainbiru 4-1-2025 01:02 AM
Korang ni, ni kan mmg style dia... dari 10tahun lps lagi... cerita lelaki dan kahwin berpisah tiada.

Dia mmg suka memperbodohkan acik2 dan menipu acik2 semua. Dia mmg nak media pickup cerita dia. Lps tu mesti gelak mengilai2 sebab dah berjaya perbodohkan media sekali. Ini bukan berita baru lah. Dia mmg ada fetish begini.

Mari imbas. ameera-1-1024x493.jpg Screen-Shot-2020-02-18-at-3.01.09-PM.png teka-teki-terjawab-little-miss-khan-sudah-berkahwin-di-london-ini-jawapan-ringka.jpeg teka-teki-terjawab-little-miss-khan-sudah-berkahwin-di-london-ini-jawapan-ringka.jpeg
Quote Zeelalala 4-1-2025 04:34 AM
bbrp tahun dulu yg dia menghilang dari sosial media tu, ada kan khabar2 angin mengatakan sheols mengandung dan beranak kat london. Lepas tu timbul balik. Iols baca je masa tu. Sahih atau tak tu iols idok le tau....

Tapi dengan mamat 21 org  betina ni x rasa dorang bercinta melainkan utk tujuan marketing semata2.
Quote SalenaGomez 4-1-2025 05:07 AM
Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan mencuri perhatian selepas dia membuat trend TikTok yang menggunakan filter ‘In 2025, You Will….”.

Hahahah ayat tuuu….

Btw trend tt tu tekan byk kali ke dpt “kawen”

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.092921 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top