Untuk pengetahuan korang, virus ini semakin meningkat sejak pertengahan Disember dan dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan kes jangkitan pernafasan selain influenza. Data pada 16 hingga 22 Disember menunjukkan peningkatan jangkitan pernafasan akut termasuk hMPV terutamanya di wilayah utara China. Kes baru-baru ini kebanyakannya melibatkan golongan berusia di bawah 14 tahun – Reuters. Antara tanda yang dialami pesakit Pesakit akan sering mengalami Gejala seperti batuk, demam, hidung tersumbat, dan nafas berbunyi. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan ini boleh menyebabkan bronkitis atau radang paru-paru, terutama dalam kalangan bayi, warga emas dan sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah. Virus tersebut menular melalui titisan atau aerosol disebabkan batuk atau bersin dan kontak rapat atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Golongan yang paling berisiko terjejas apabila mempunyai masalah pernafasan seperti asma, COPD, atau emfisema. Justeru itu, Pihak berkuasa kesihatan di Beijing telah menguatkuasakan protokol pelaporan makmal untuk memantau kes dan menangani situasi ini dengan lebih berkesan. Tiada lagi vaksin untuk virus hMPV
|
batmana replied at 3-1-2025 08:05 PM
bulan 3 2025 jgn start PKP sudah
batmana replied at 3-1-2025 08:05 PM
bulan 3 2025 jgn start PKP sudah
kotakbaju replied at 4-1-2025 10:13 AM
Asal virus pelik2 mesti dari prc sana
ADVERTISEMENT