CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Neelofa sentiasa tegur ahli keluarga kalau buat salah

6-1-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15782| Komen: 30|Original author: Raline

 


“Kalau saya tegur pun, saya takkan beritahu semua orang,” demikian respons pendakwah bebas, PU Riz ketika disoal sekiranya dia ada menegur ahli keluarganya ke arah kebaikan.

Berdasarkan temu bual bersama The Amin Idris Show, PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 29, berkata pihaknya mengambil pendekatan untuk menegur ahli keluarga secara peribadi agar tidak terlalu keterlaluan.

“Ramai yang komen, tak tegur ke? Kalau saya nak tegur pun, saya takkan beritahu semua orang.

“Diri saya ini dari dulu sehingga sekarang, saya tak sentuh ‘personal’ seseorang secara berlebihan. Pernah sekali saya buat, itu pun saya sudah minta maaf kepadanya,” katanya.

Suami kepada selebriti dan usahawan jelita, Noor Neelofa ini menjelaskan bahawa dia akan memberi nasihat kepada ahli keluarganya sekiranya terdapat kesalahan.


“Saya berpendapat, apa sahaja yang salah, takkan kita diamkan. Pada keluarga saya dan mentua pun begitu tetapi adakah kita nak bertindak sebagai seorang yang pemarah?. Kita beritahu secara nasihat. Sampai bila nak nasihat? Sampai mati kita beri nasihat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bapa anak dua ini turut sempat menitipkan pesanan agar setiap insan untuk tidak berlebihan ketika menegur seseorang.


“Saya rasa sesiapa sahaja nak buat ‘content’ tentang orang lain, terserah tetapi hati-hati dalam percakapan. Jangan melampau, jangan berlebihan macam dia adalah pendosa yang tidak boleh dimaafkan,” ujarnya lagi.


Sumber: XTRA



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 4-1-2025 08:03 PM
Setuju sangat dgn Haris. Watching the whole podcast changed my perception kat Haris. First time dengar pendapat dia dan cara dia berfikir. Not bad at all.
Quote princessmiang 4-1-2025 08:41 PM
Dah tegur tak lemak tu berkepit macam dah nikah?? Kawen tu no komen
Quote virgocircus 4-1-2025 08:45 PM
princessmiang replied at 4-1-2025 08:41 PM
Dah tegur tak lemak tu berkepit macam dah nikah?? Kawen tu no komen

Dia mungkin boleh nasihatkan bini dia utk tegur adik dia. Kalo nak tegur depan2, bapak lemak tu hidup lagi. Kang sentap plak bapak lemak tu.
Quote zuriey 6-1-2025 08:52 AM
Aku tak rasa engko berani nak tegur anak2 mamatini
Quote seripahzeripah 6-1-2025 09:00 AM
aku rasa dia mmg ada tegur ank2 mama tini..knowing him personally dia mmg sejenis direct tegur klau dia rasa ada tak kena..sbb tu la ank mama tini kureng rapat sikit dgn dia ni...
Quote pocongkiutss 6-1-2025 09:07 AM
LadyCarefree replied at 4-1-2025 08:03 PM
Setuju sangat dgn Haris. Watching the whole podcast changed my perception kat Haris. First time deng ...

Rajin pula uols dgr podcast dia..iols tak tergerak hati..tp bila baca komen chuols jd curious nk pi dgr pulak
Quote Aneem 6-1-2025 09:08 AM
Heol tegur sekali je agaknya, buat syarat
Lps tu kena sound balik, eleh kau tu tayang bebird lagi
Terus la ustaz jadian senyap
Quote MakcikTermenong 6-1-2025 09:21 AM
Ha Ha Ha..sekian..
Quote 8Queen8 6-1-2025 10:22 AM
Kalau tegur tak kan nak dia umumkan, kena jaga aib.

Kalau dia mesti dia tegur, contohnya miss Khan, tentu dia hati2 takut ada yang terasa, sebab sil dia tu masih ada mak bapa.

Kalau anak bini dan keluarga belah dia okay lah.
Quote L.U.S.M 6-1-2025 12:41 PM
Ayah dgn adik beradik lelaki family jah dh meninggal ke
Quote L.U.S.M 6-1-2025 12:46 PM
Diri saya ini dari dulu sehingga sekarang, saya tak sentuh ‘personal’ seseorang secara berlebihan.

Screenshot_2025-01-06-12-43-38-671_com.android.chrome-edit.jpg
Habis tu yang sound AJK masjid ni ape cer?
nape kena open kat socmed instead ckp depan2 kat pakcik tu

Quote dewi_rina 6-1-2025 01:41 PM
Oh yeke lepas tu apa jadi? Bagai mencurah air ke daun keladi ke? So tanggungjawab dah lepas lah eh kiranya sbb dah tegur katanya
Quote dewi_rina 6-1-2025 01:43 PM
zuriey replied at 6-1-2025 12:52 AM
Aku tak rasa engko berani nak tegur anak2 mamatini

Baik suruh jebat je yg sekolahkan dorang
Quote missbigrockstar 6-1-2025 01:43 PM
Maybe dia tegur tapi diorang bagi side eye je pada dia.
Gitu aku berhusnuzon
Quote apedehal 6-1-2025 01:54 PM
Sbg bekas hater jahlop, i can conclude she made a right choice..rezeki dia dpt suami baik & btanggungjwb. Semoga their marriage last long
Quote pauliza 6-1-2025 02:22 PM
Iols tertgk sikit podcast ni kat tiktok.Betullah dia kata ,kalau dia tegur pun takkan dia nak post kat social media .Tapi ada sekali live ber 3 - dia ,lopak & lemak ,bertapis jgk dia tegur lemak angkat tudung nampak dada .Lemak nya blur ,org tegur berlapik tak faham .Last2 lopa ,abg ipar ko tak bagi ko angkat tudung

Quote LadyCarefree 6-1-2025 04:34 PM
pocongkiutss replied at 6-1-2025 08:07 AM
Rajin pula uols dgr podcast dia..iols tak tergerak hati..tp bila baca komen chuols jd curious nk p ...

First time tengok dia. Sebelum ni iols xambil kisah pun. I beranggapan dia lembab bodoh macam hater2 dok sentiasa kutuk sebab ejaan dia merapu.
Quote piyek92 7-1-2025 12:05 AM
lah baru 29 umur dia aku ingat late 30s dah
Quote pocongkiutss 7-1-2025 07:32 AM
apedehal replied at 6-1-2025 01:54 PM
Sbg bekas hater jahlop, i can conclude she made a right choice..rezeki dia dpt suami baik & btanggun ...

Ish..awal lg nk ckp tu kome

Iols bukan haters jah yach

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049563 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top