CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jennifer Coppen tak minat nak kahwin dengan Aisar Khaled, nak jadi janda hot

6-1-2025 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26702| Komen: 8|Original author: Raline



Selepas kematian suami pada Julai tahun lalu, pelakon Jennifer Coppen memberitahu dia tidak berminat untuk berkahwin lagi.

Menurut Wowkeren, Jennifer atau Jennifer Rochelle Coppen, 24, memilih untuk menikmati kebebasan hidup sebagai janda tanpa terikat dengan sesiapa.

"Saya tidak mengatakan bahawa saya tidak akan berkahwin lagi dalam hidup saya. Sebab itu tiada siapa yang tahu.

"Tapi buat masa sekarang, saya tidak mahu kahwin dan berjanji temu.

"Hargai saya yang masih bersedih sampai sekarang. Tolong, biar saya jadi janda hot. Terima kasih," katanya.

Sebelum itu, netizen Indonesia menjodohkan aktres ini dengan personaliti media sosial iaitu Aisar Khaled yang dilihat semakin akrab sejak kebelakangan ini.



Rata-rata peminat berpendapat bahawa Aisar memiliki persamaan dengan arwah suaminya iaitu Dali Wassink.

Malah, mereka merestui sekiranya Jennifer dan Aisar menjalinkan hubungan serius kerana melihat keserasian bersama.


Malah anak Jennifer dan ibu Dali juga seolah-olah menerima kehadiran Aisar.

Untuk rekod, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2023, namun suaminya telah meninggal dunia pada 18 Julai 2024.


Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Kamari Sky Wassink yang kini berusia setahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 6-1-2025 12:23 PM
Bacil tu maksud dia apa? Bangang dan kecil ke
Quote L.U.S.M 6-1-2025 12:23 PM
Bacil tu maksud dia apa? Bangang dan kecil ke
Quote pinkpunk 6-1-2025 02:01 PM
si aisar ni kenapa asik pi konoha je? dia ni business apa?
Quote naina 6-1-2025 04:02 PM
Batak nau Indon ni. Mana2 Aisar buat content dgn perempuan sana nak dikenenkan. Ada tu sampai sakit hati unfollow sebab Aisar ganding dengan mamari. Bukan lagi Fuji. Tapi bagi aku dgn mamari lagi enjoy dan bersahaja dari Fuji yg malu2 control ayu perasan hot. Wakaka. Lucu mamari
Quote Prickford 6-1-2025 04:45 PM
pinkpunk replied at 6-1-2025 06:01 AM
si aisar ni kenapa asik pi konoha je? dia ni business apa?

Orang sana je terima style konten2 heolls. Sampai gelar Sultan Malaysia. The real Sultan & kerabat kat Malaysia ni flip tengkolok je la tengok peel konoha.

Quote piyek92 7-1-2025 12:00 AM
dekat mlysia katanya dah tak laku dulu kecoh kata scam iphone kan..ntah ya ke tak nyoh ler
Quote pinkpunk 7-1-2025 08:03 AM
Prickford replied at 6-1-2025 04:45 PM
Orang sana je terima style konten2 heolls. Sampai gelar Sultan Malaysia. The real Sultan & kerabat ...

dah kalau tabur duit cmtu.. org mesia dah kaya2  
Quote dua_chzy 7-1-2025 08:56 AM
Awek belen mana la pula ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.083046 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top