CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ia bukanlah satu penyakit baru dan di negara ini jangkitan HMPV tidak wajib dilaporkan - KKM

6-1-2025 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23328| Komen: 2|Original author: Raline




Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 327 sampel positif virus 'human metapneumovirus' (HMPV) pada sepanjang 2024, meningkat berbanding 225 pada tahun 2023.

KKM dalam kenyataannya berkata, HMPV adalah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.

"Ia bukanlah satu penyakit baru dan di negara ini jangkitan HMPV tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

"Bagaimanapun jangkitan saluran pernafasan akan terus wujud dalam komuniti dan kita perlu sentiasa berwaspada menghadapinya.

"Orang ramai dinasihatkan supaya proaktif menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitannya kepada orang lain terutamanya di kawasan yang tertutup dan sesak.

"KKM juga akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan saluran pernafasan di dalam dan luar negara, meningkatkan kesiapsiagaan dan mengambil tindakan sewajarnya," kata KKM.

Ketika ini, penularan virus HMPV di China berada pada tahap membimbangkan sehingga menjejaskan beberapa negara Asia lain.

Terdapat aduan mengenai hospital penuh sesak dan sistem penjagaan kesihatan yang tertekan akibat penularan pantas virus terbabit terutama di kawasan utara China, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu.

Dalam pada itu, KKM berkata, peningkatan jangkitan saluran pernafasan akut pada hujung dan awal tahun adalah fenomena yang dijangka sepenuhnya, selaras peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara-negara lain terutamanya yang bermusim sejuk seperti China.

"Sebagai langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan, KKM sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa, sama ada di dalam dan luar negara, termasuklah kuman yang menyebabkan COVID-19, Influenza dan jangkitan saluran pernafasan lain.

"Mereka yang mengalami gejala berpanjangan atau semakin teruk perlu segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan ataupun swasta terdekat.

"Selain itu, amalkan langkah-langkah kerap mencuci tangan, tutup mulut ketika batuk dan memakai pelitup muka bagi mereka berisiko tinggi atau berada di kawasan sesak," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, bagi jangkitan Covid-19, tiada kematian dilaporkan sejak 25 April 2024, varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di negara ini juga masih varian Omicron dan subvariannya.

Tiada kes baharu varian Omicron dilaporkan dari 24 November 2024 hingga hujung tahun.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 6-1-2025 11:58 PM
asal nak raya ada je agenda baru dah la china nak datang sambung cny kat malaysia tahun ni.aku tak faham macam mana boleh deal nak sambut sini…jangan bagi datang kang tak pasal jadi sebab tak raya puasa
Quote BoongaKertas 7-1-2025 08:51 AM
annoying siak negara depa ni. dia tolak batu kayu jer nak makan. lain semua benda dia ngap. budus. somehow iols rasa dah jd mcm beban dunia plak negara depa ni.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top