CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ ada kelab peminat di penjara Narathiwat, nyanyi bersama waktu tertentu

6-1-2025 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13404| Komen: 2|Original author: Raline




Penyanyi dikir barat yang ditangkap bersama lima lagi rakyat Malaysia kerana disyaki memiliki 6000 pil pada 1 November lalu mempunyai kelab peminat di penjara Wilayah Narathiwat.

Memetik Harian Metro, Pakar Pengurusan Jenayah (bahagian wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul berkata banduan wanita akan menyanyi bersama penyanyi itu pada waktu tertentu.

“Selain mempunyai kelab peminat di Selatan Thailand termasuk di Narathiwat, penyanyi yang berusia 29 tahun itu juga mempunyai kelab peminat di dalam penjara ini.

“Kebanyakan peminatnya di penjara ini terdiri daripada banduan wanita dan mereka akan menyanyi bersama-samanya pada waktu tertentu.

“Ada antara mereka meminta pihak penjara memuat turun lagu penyanyi itu dan memasangnya sebagai hiburan mereka,” katanya.

644-1.png


Sementara itu, penyanyi dikir barat yang berasal dari Kelantan itu juga dilapor semakin cerita dan teruja untuk kembali menyanyi.

“Selepas lawatan pihak media Malaysia pada 21 Disember lalu, penyanyi itu kelihatan makin gembira dan seolah-olah dia mendapat suntikan semangat yang baru.

“Dia dapat merasakan peminatnya masih memberi sokongan kepadanya dan beliau amat teruja untuk kembali kepada peminatnya,” katanya.


Sumber : Harian Metro,Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerani_je 4-1-2025 04:35 PM
Elok la tu sesama banduan support each other..Bila ingat balik kes mek kelate ni tokan dadih n urine pun sangkut x jadi nk kesian..Harap die muhasabah la dlm tirai besi tu dgn geng5 semua tu..Dugaan depa semua buat jahat je trus Allah byr cash kat dunia..Anak2 vip n orka yg buat jahat edar dadih bagai kat mlysia ni elok je terlepas..Sbb tu klau miskin n kluarga susah b40 tak payah la buat jahat..Cukup la kais pagi mkn pg, tak pyh sibuk nk mengedar..
Quote Hoola 4-1-2025 04:40 PM
retis n dadih bpisah teda
ingt retis jaman dulu je

ermmmm

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057025 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top