CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 termasuk dua wanita diberkas pecah rumah di Muar

6-1-2025 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24393| Komen: 1

 


MUAR – Tiga suspek termasuk dua wanita diberkas selepas disyaki terlibat dalam kejadian jenayah pecah rumah di Taman Temiang Utama, di sini semalam.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 20-an itu ditahan kira-kira pukul 12.07 tengah malam hari ini selepas melakukan jenayah terbabit kurang dalam tempoh 24 jam.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, suspek ditahan di Bypass Jalan Kim Kee di sini.

“Polis menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah itu pada pukul 12.15 malam semalam daripada mangsa seorang wanita.

“Hasil risikan dan siasatan lanjut pihak polis, telah membawa kepada kejayaan tangkapan tiga suspek dalam tempoh 24 jam terlibat di dalam kejadian pecah rumah di dalam daerah Muar.

“Pihak polis percaya dengan tangkapan ini telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang dilaporkan di daerah Muar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Raiz Mukhliz berkata, polis masih berjalan dan pihak polis sedang giat mengesan suspek yang masih bebas, manakala jenis barang yang dicuri dan anggaran kerugian mangsa masih dalam siasatan.

“Sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih yang ditinggalkan di tepi jalan dijumpai orang awam dan dua suspek wanita berjaya ditangkap di belukar berhampiran lokasi tangkapan suspek utama dengan bantuan unit K9 dan Unit Rondaan Bermotor (URB),” katanya.  
 
Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 6-1-2025 11:42 PM
perempuan. pun sama naik pecah rumah di zaman madani ni.hari tu kes pecah rumah ada perempuan juga sorang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.065477 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top