CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Jangan normalisasi duduk serumah lain jantina’ - Ejen hartanah terkilan seorang penyewa Muslim minta sewa rumah bersama rakan-rakan lain jantina

6-1-2025 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5444| Komen: 44|Original author: Raline


 

PETALING JAYA – Seorang ejen hartanah terkilan apabila seorang penyewa Muslim meminta menyewa rumah untuk tinggal bersama rakan-rakan bujang berlainan jantina.

Dalam perbualan WhatsApp yang dimuat oleh Nurul Hazirah Khairi, seorang penyewa menyatakan keinginan untuk menyewa rumah kosong bersama beberapa individu lain, termasuk lelaki dan wanita bujang.

Meskipun permintaan tersebut tampak biasa, ejen tersebut bertanya secara sopan bagi mendapatkan kepastian sama ada pelanggan itu seorang Muslim atau bukan.

RUMAH-SEWA-EJEN-HARTANAH-TULAR-VIRAL.jpeg


Respons penyewa yang menyatakan “Muslim lah” berserta emotikon gurauan membuatkan ejen itu berasa terkilan dan sedih kerana menyentuh isu hukum dan adab dalam agama.

“Jarang nak cerita tentang ragam client (pelanggan), tapi yang ni rasa macam tak boleh nak diterima akal. Allahu, mencabar betul cabaran nak didik anak zaman kini,” tulis ejen tersebut di kapsyen.

Ejen itu turut menegaskan bahawa pemilik rumah adalah seorang Muslim yang memahami dan menjaga hukum agama, sekali gus menolak permintaan pelanggan tersebut dengan sopan.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata turut sama kecewa dengan sikap penyewa berkenaan, yang dianggap tidak sensitif terhadap nilai agama dan adab yang sepatutnya dijaga.

“Saya bukan Muslim tapi kalau penyewa bilik adalah Muslim dan belum bernikah, saya tak bagi sebab dulu pernah bagi orang Muslim sewa bilik, tapi mereka buat bilik sewa ikut jam untuk kawan-kawan mereka datang berzina bila kami tak ada di rumah,” tulis Claudya Claudy.

“Teruskan melawan kemungkaran, jangan dinormalisasikan perkara begini,” komen Bella Ciao.

“Orang zaman sekarang tak ada sifat malu dan takut kepada kemungkaran Allah. Nasib baik kakak ni tak bersubahat dan tak pentingkan diri sendiri. Aku tabik dengan akak ni. Sangat menghormati. Mantap kak,” puji Waghih Nismilan.


Sumber : – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 6-1-2025 04:29 PM
Ada beberapa perkara yang aku rasa nak persoal

1. Why emphasis pada bujang?
2. Why ban untuk muslim sahaja? What is your real stand on morality?
3. Motif screenshot and tularkan. What do you expect from this?
Quote Buritan 6-1-2025 05:18 PM
Alah benda ni 20 tahun sudah dah berlaku.. kawan aku pramugari selamba ajo serumah dgn pramugara.. ade yg sebilik lelaki pompuan.. kawan aku tuu cerita dgn aku dgn penuh semangat dan tgk aku betapa kgnyaa akuuu.. hahaha
Quote jebatmaspunyer 6-1-2025 05:34 PM
Buritan replied at 6-1-2025 05:18 PM
Alah benda ni 20 tahun sudah dah berlaku.. kawan aku pramugari selamba ajo serumah dgn pramugara.. a ...

Iolls pernah hantar pramugari gak duduk serumah dgn bukan mahram tp dia dah kawen & ada anak. Menyewa bilik dlm rumah tu. Rumah teres jer. Ni time PKP dulu. Kan ramai peramugari pramugara kena buang kerja.
Iolls cari rumah sewa dulu pun byk jugak rumah sewa y open sesiapa jer nk sewa berlainan jantina. Idok ler iolls..
Quote azimodin 6-1-2025 05:50 PM
Yang dah kawen pon duduk rumah kongsi, aku rasa yang ni pon disturbing.
Quote prince_marhaen 6-1-2025 05:54 PM
20 years back meols masuk uitm pun dah ada geng duk laki pompuan, jaga batas katanyerr....pastu ada laki ponen duk ngan pompuan, konon2 selamat lah.... bukan uitm shah aley ye, uitm ceruk nuu pergehelih tu... hehehehehe.. yang umah bujang lain bawa bohsia siang malam tu for sure ada... mostly yang request duk luar dah semester 3-6 tu..
Quote Buritan 6-1-2025 06:45 PM
jebatmaspunyer replied at 6-1-2025 05:34 PM
Iolls pernah hantar pramugari gak duduk serumah dgn bukan mahram tp dia dah kawen & ada anak. Meny ...

Tu laa.. Benda ni dah common dah.. Hendak dgn tak aje..
Quote Buritan 6-1-2025 06:52 PM
prince_marhaen replied at 6-1-2025 05:54 PM
20 years back meols masuk uitm pun dah ada geng duk laki pompuan, jaga batas katanyerr....pastu ada  ...

Masa aku kat mktb dulu pung.. Cikgu cikgi duk serumah masa praktikal..  Rumah ade dua bilik.. 4 eko nyewa.. Duk sebillik laki pompuan.. Lantak kome laa.. Dosa tannggung senirik..  Dah kawin dan dah corai pun
Quote PULANGKAN 6-1-2025 07:54 PM
nauzubillah min zalik

semoga dijauhkan anak, saudara-mara, cucu cicit dari terlibat dengan benda maksiat ni semua

ko seronok sekejap je. percayalah
nanti terbalik dunia kau, jangan tanya kenapa
waktu senang buat maksiat. dah susah, ko sorang je dek. takde sapa hirau

pandai buat, pandai tanggung
Quote nadie90 6-1-2025 08:15 PM
prince_marhaen replied at 6-1-2025 09:54 AM
20 years back meols masuk uitm pun dah ada geng duk laki pompuan, jaga batas katanyerr....pastu ada  ...

Perlis?..xterkjut pun....nmpk ja duk ulu banat tapi kejutan budaya itu ada
Quote Radzor 6-1-2025 08:57 PM
Iols pun pernah sewa rumah campur2. Syok juga ada bunga. Mula2 housemate. Lama2 roommate
Quote sarah_ary2 6-1-2025 09:08 PM
azimodin replied at 6-1-2025 05:50 PM
Yang dah kawen pon duduk rumah kongsi, aku rasa yang ni pon disturbing.

Ada chuols, aiols pernah nak tanya pasal sewa bilik kecik, ada tiga bilik, bgtau bilik medium suaministeri sewa tp suami dtg weekend jah. Pastue aiols pun curious tanya master bedroom sapa duduk, dia (lelaki) jawab master bedroom saya dgn gf duduk, terus terkesima aiols, lelaki melayu ok boleh jawab selamber je dgn aiols
Quote azimodin 6-1-2025 09:19 PM
sarah_ary2 replied at 6-1-2025 09:08 PM
Ada chuols, aiols pernah nak tanya pasal sewa bilik kecik, ada tiga bilik, bgtau bilik medium suam ...

Tu la.. parah kan. Iouls lepas kawen pon duduk rumah yang sama masa bujang sebab pjj. Tapi husband i hantar sampai parking je, xpernah sampai pintu rumah. Hujung minggu baru la I pergi rumah husband yg jauh di ceruk. Lepas sorang lagi housemate i kawen, kitorang iklankan bilik sewa. Penyewa baru kerja butik tudung & model sambilan. Housemate bilik 1 lagi memang jenis outstation jarang balik. 1 hari tu i perasan dalam bilik air ada botol lube.. 1 kali lagi ada gel ketat2. Padahal penyewa baru tu cakap dia bujang. Pastu ada sekali tu weekend i balik mengejut ke rumah sewa tu. Nampak ada lelaki pakai hoodie keluar rumah. Terus esoknya i dengan kawan sorang lagi tu confront dia. Dia cakap member tumpang baring jap sebab penat sangat. Terus kena hamun la.merajok minah tu,xbalik2 dah.. dia angkat baju2 dia. Xlama lepas tu contract sewa kitorang habis & masing2 dah beli rumah. Barang2 minah tu dia x angkat. Lepas 3 bulan dia mesej i tanya apa jadi dengan barang dia. Of course la i dah lempar masa keluar rumah.
Quote sarah_ary2 6-1-2025 09:56 PM
azimodin replied at 6-1-2025 09:19 PM
Tu la.. parah kan. Iouls lepas kawen pon duduk rumah yang sama masa bujang sebab pjj. Tapi husband ...

Aiols pun ada terkena jugak, kami duk tingkat atas sekali ala ala penthouse dua tingkat, satu bilik kat bawah dua bilik kt level atas, yg bilik atas ni kalau dah malam malas nak turun bawah. Sekali pernah turun nampak ada lelaki india duk dalam bilik kawan yg bilik bawah, dia kata bf dia dtg jap tp berlarutan sampai pagi buta nak kluar keje nampak lagi lelaki tue,  last last confront katanya dah kahwin kat siam segala, pastue kami fedup kluar pindah dr rumah. Bila check check x kwen pun lagi dgn laki tue malahan laki tu masih agama hindu, dia buat cerita lelaki tue dah convert
Quote Lily_Elizabeth_ 6-1-2025 10:12 PM
Alahhhh kat sentul semua rumah sewa semua cam tu, campur cam sekolah rendah menengah, mawar ke melur apa nama flat busuk tu. Hihi.
Quote piyek92 6-1-2025 11:39 PM
benda ni dah lama nak2 yg menyewa kondo kalau flat susah sikit sebab ramai acik2 yg jaga kejiranan ko bawa awek ke memang kejap la kena.yg dok umah teres couple pun ramai tapi sewa ngan cina dan kawasan cina…kesian mak ayah kat kampung hantar duit ingat anak belajar yg keje cara keje
Quote piyek92 6-1-2025 11:41 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 6-1-2025 10:12 PM
Alahhhh kat sentul semua rumah sewa semua cam tu, campur cam sekolah rendah menengah, mawar ke melur ...

flat boleh dok couple2 ke.biasa kalau kawasan melayu susah sikit ramai yg memerhati kecuali kondo
Quote nikaido 6-1-2025 11:56 PM
dari zaman p.ramlee cerita masam2 manis pun dah duduk menyewa rumah campur laki perempuan
Quote AbukRokok 7-1-2025 08:08 AM


agen palatau nak viral
Quote nisako 7-1-2025 08:11 AM
wow dah advance org sekarang

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.115424 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top