CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MyKad Lama Bakal Dimansuhkan, JPN dalam fasa akhir tukar MyKad generasi baharu

6-1-2025 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5257| Komen: 36|Original author: Raline


 

 


Tidak lama lagi rakyat Malaysia bakal mendapat kad pengenalan baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada, MyKad yang dikeluarkan sejak 2012.

Memetik Buletin TV3, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan yang bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi.

Ia bakal hadir dengan rekaan lebih moden serta elemen seperti tulisan laser dan hologram. Ia diperbuat daripada bahan ‘polycarbonat’ yang sudah diuji ketahanannya di makmal bertauliah.

“Ia juga bagi membendung sebarang cubaan untuk memalsu dan menyalahgunakan MyKad yang menjadi dokumen penting bagi Malaysia,” katanya menjawab soalan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

“Ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan berkapasiti storan yang lebih besar dengan piawaian keselamatan yang dipertingkatkan. Kad ini kita buat untuk bendung masalah pemalsuan kad pengenalan dan kebocoran data.

“Ciri keselamatan terkini itu diyakini mampu mengatasi isu pemalsuan,” jelas beliau.

Menurut Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias sebelum ini dilaporkan berkata, semua fungsi MyKad jenis lama akan dimansuhkan sebaik MyKad generasi baharu diperkenalkan bagi mengatasi isu pemalsuan kad identiti kewarganegaraan.

Difahamkan JPN sedang menjalankan kajian pasaran bagi memastikan pelaksanaan MyKad baharu itu memenuhi prinsip nilai faedah terbaik bagi kos penggantian.

“Usaha ini untuk memastikan kos pengeluaran yang tidak membebankan kerajaan, selain menjamin penggunaan sumber secara optimum sejajar garis panduan ditetapkan kerajaan,” katanya lagi.

Sumber : Buletin TV3. The Vocket



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 6-1-2025 04:05 PM
Baiklah nanti nak tukar baru dah.
Quote Suchi 6-1-2025 04:12 PM
Buatla satu kad utk semua
Detail semua ada situ pasal lesen ke apa

Btw kalau baru kena amik gambar baru lg ker
Masih suka gambar ic skrg ni
Sbb tersenyum manihhhh
Quote aku_best 6-1-2025 04:23 PM
Org dalam JPN tu pun kena tukaq juga..ada yg jadi duri dalam daging....pengkhianat negara kena hapuskan...
Quote edayildiz 6-1-2025 04:23 PM
ok i pun xsabar nk tkr..sbb ic yg skrg ni hodoh betul muka i..putih mcm mayat..asal buat ic je muka x elokk..
Quote Decaffeinated 6-1-2025 04:42 PM
Baru ja tukar IC sebab nak undi next PRU dan kena tukar lagi

Walau pun terpaksa bergambar tanpa rela pasrah je lah berapa ramai sangat lah orang tengok IC kita
Quote Decaffeinated 6-1-2025 04:49 PM
Suchi replied at 6-1-2025 04:12 PM
Buatla satu kad utk semua
Detail semua ada situ pasal lesen ke apa

IC ni ala2 sacred orang lain pegang2 pun tak boleh lama. Ada juga pondok security suruh tinggal IC memang tak la. Satu lagi bad idea yang letak chip T&G dalam tu meningkatkan risiko tercicir lagi. Lesen dah digital, no isu lah.

Quote Purplehaz 6-1-2025 06:15 PM
high-tech, security-enhanced mykad ni agak2 berapa caj nnti..rm50??
Quote Skuau 6-1-2025 06:24 PM
Edited by Skuau at 6-1-2025 06:46 PM

TIBER...RAKYAT MSIA BERTAMBAH(mohon  IC)...walhal 'xde kelahiran sebanyak itu dalam rekod'.....
Quote Perawankota 6-1-2025 08:07 PM
Kena bayar rm10 jugak kan...
Quote ekselen 6-1-2025 08:16 PM
edayildiz replied at 6-1-2025 04:23 PM
ok i pun xsabar nk tkr..sbb ic yg skrg ni hodoh betul muka i..putih mcm mayat..asal buat ic je muka  ...

sama le ..muka iols mcm tah pape je..ngan senyum senget
Quote Isninselasarabu 6-1-2025 08:43 PM
Entah sape lah yang dpt tender kamera jpn ni... Buruk mcm kamera nokia tahun 2006
Quote cantthinkofany 6-1-2025 08:58 PM
edayildiz replied at 6-1-2025 04:23 PM
ok i pun xsabar nk tkr..sbb ic yg skrg ni hodoh betul muka i..putih mcm mayat..asal buat ic je muka  ...

kannn....camera resolution salah atau aku mmg lahir ngan muka yg tak fotogenik....hmmm
Quote edayildiz 6-1-2025 09:40 PM
ekselen replied at 6-1-2025 08:16 PM
sama le ..muka iols mcm tah pape je..ngan senyum senget

hahahah..geram je tiap kali tgk muka sndiri dlm ic
Quote edayildiz 6-1-2025 09:44 PM
cantthinkofany replied at 6-1-2025 08:58 PM
kannn....camera resolution salah atau aku mmg lahir ngan muka yg tak fotogenik....hmmm

tp ic kakak i helok je..putih dia yg blh diterima..i putih dh mcm tepung gomak..
salah muka  sendiri agaknyaa...
Quote ekselen 6-1-2025 11:05 PM
edayildiz replied at 6-1-2025 09:40 PM
hahahah..geram je tiap kali tgk muka sndiri dlm ic


tu le... tu masa amik gambo tu ntah bape kali take.. org yg amik gambo pun cam dah givap, siap iols mintak mahap tetap la hasil nan hado
Quote piyek92 6-1-2025 11:29 PM
malaysia power kot bab data dan cip2 ni berbangga lah kita
Quote gekkou 6-1-2025 11:31 PM
edayildiz replied at 6-1-2025 04:23 PM
ok i pun xsabar nk tkr..sbb ic yg skrg ni hodoh betul muka i..putih mcm mayat..asal buat ic je muka  ...

pic ic lebih molek berbanding picture di passport


Quote hyie 6-1-2025 11:31 PM
sebelum ni iols terlupa pegi pakai baju warna biru cerah masa buat ic baru, pastu tak pepasal kena pakai baju yang diorang sediakan kat situ dahla buruk choi sangat terus ilang mood.
Quote AbukRokok 7-1-2025 08:06 AM



Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041622 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top