CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Allahuakbar! Banjir kilat di Mekah akibat hujan lebat

7-1-2025 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5870| Komen: 8

 

MEKAH – Kota suci Mekah dilanda cuaca ekstrem, menyebabkan sebilangan kawasan ditenggelami air banjir, lapor akhbar Metro UK.

Beberapa rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kawasan-kawasan kejiranan sebahagiannya tenggelam di tengah-tengah hujan lebat.

Sekumpulan lelaki dilihat membentuk rantaian manusia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir di kawasan kejiranan Al-Awali, tenggara Mekah.

Dalam sebuah video lain, seorang lelaki dilihat bergegas membantu seorang pemandu penghantaran yang terjatuh dari motosikalnya akibat banjir.

Berbilang kereta dan sebuah bas pelancong pula terkandas di tengah jalan apabila air banjir naik dengan pantas.

Beberapa wilayah Kerajaan Teluk termasuk Mekah dan Madinah yang menarik berjuta-juta jemaah haji setiap tahun, dilanda hujan luar biasa.

Wilayah lain termasuk Riyadh, Al-Baha dan Tabuk sedang bersiap sedia menghadapi kesan cuaca buruk itu, lapor media tempatan.


Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) meramalkan hujan sederhana hingga lebat, ribut petir dan ribut debu sepanjang minggu ini.

Hujan yang jarang berlaku diramal berterusan hingga Rabu (esok), lapor Saudi Press Agency. – AGENSI 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 7-1-2025 10:33 AM
Innalilaah...
Quote zafira 7-1-2025 12:28 PM
Mekah/Madinah tak ada sistem perparitan sebab jarang hujan... sekali hujan lebat tak ada tempat nak mengalir.. tu yang jadi banjir..
Quote BeskotCekelat 7-1-2025 01:15 PM
zafira replied at 7-1-2025 12:28 PM
Mekah/Madinah tak ada sistem perparitan sebab jarang hujan... sekali hujan lebat tak ada tempat nak  ...

Dah banyak kali jadi, takkan dorang takde mitigation plan?
Belajarla dari KL yang banjir kilat dah jadi acara wajib time hujan lebat  
Quote ninja boy 7-1-2025 04:02 PM
Syukurlah korang duduk Malaysia, Malaysia byk pokok2 hijau keluarkan oksigen ada hujan sepjg tahun suhu 26-33 sepanjang tahun
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2025 04:35 PM
BeskotCekelat replied at 7-1-2025 01:15 PM
Dah banyak kali jadi, takkan dorang takde mitigation plan?
Belajarla dari KL yang banjir kilat dah ...

Mekah dengan Madinah langsung tak ada longkang, apatah lagi sungai atau parit.
Quote Decaffeinated 7-1-2025 10:28 PM
Baru ja reda banjir di serambi.

Quote Decaffeinated 7-1-2025 10:29 PM
BeskotCekelat replied at 7-1-2025 01:15 PM
Dah banyak kali jadi, takkan dorang takde mitigation plan?
Belajarla dari KL yang banjir kilat dah ...

KL tu lembah yang ada juga sungai Klang sebagai outlet. Mekah ada ka?

Quote FOTHER-MUCKER 8-1-2025 04:04 AM



[youtube]sucel798rp4[/youtube]

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061867 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top