Umum mengetahui, anak kedua kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Beatrice Valeria Chitra pada Jumaat lalu. Pasangan tersebut terlebih dahulu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disaksikan keluarga terdekat, rakan-rakan dan sahabat handai kedua-dua pihak. Sheila berkongsikan kegembiraan serta terharu melihat anak bongsunya itu kini melangkah ke alam perkahwinan serta mendoakan rumah tangga Luth Mikhail bahagia hingga ke akhir hayat. “Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur melihat Mikha kini menemui pasangan hidup yang terbaik untuknya. Saya mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. “Dalam detik istimewa itu, dengan penuh rasa kasih sayang, saya tidak lupa berdoa agar ikatan suci yang sedang dijalin mereka menjadi ladang kebahagiaan yang subur sampai bila-bila, Insya Allah,” katanya. Pasangan mempelai kemudian diraikan dalam majlis persandingan yang penuh indah hasil di sebuah hotel dekat Genting Highlands, Pahang. Sumber : Harian Metro. Rotikaya
|
jihyomelly replied at 8-1-2025 04:21 PM
mahap ye..bakal menantu suma kena duduk rumah acik ke blajar masak..pastu baru bleh kawin..dulu mena ...
ADVERTISEMENT