CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eddie Hamid Sedia Sertai GV, Tak Kisah Kritikan Juri - “Tak perlu nak rasa malu sebab kritikan dan komen juri itu bersebab"

7-1-2025 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5580| Komen: 2|Original author: Raline


 

 

Penerbit dan juga komposer lagu Pantai Timur terkenal, Eddie Hamid berkata dia sedia untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) sekiranya masih ada peluang.

Memetik Harian Metro, Eddie berkata dia sepatutnya menyertai GV musim ini namun terpaksa menolak kerana komitmen kerja yang padat.

“Program realiti GV pada saya adalah platform untuk penyanyi lama serlahkan semula bakat. Malah, kita yang buat keputusan untuk setuju menyertai atau tidak sebab ia bukan satu paksaan.

“Cuma, rezeki saya untuk bersaing di pentas GV11 sekarang bersama peserta-peserta lain tidak ada. Bukan saya takut nak terima, tapi tolak peluang itu bersebab,” katanya

Sementara itu, apabila ditanya mengenai komen juri yang mungkin akan memalukan diri, Eddie berkata dia memahami kritikan tersebut diberikan berdasarkan persembahan peserta.

Katanya lagi, apabila sudah setuju untuk sertai program tersebut bermakna sudah sedia untuk jadi peserta dan terima komen juri dengan positif.

“Saya tak kisah dengan komen diberikan oleh juri walaupun pedas sebab faham itu adalah tugas mereka. Seteruk mana atau sebaik mana pun komen itu, sebagai peserta kita kena terima.

“Tak perlu nak rasa malu sebab kritikan dan komen juri itu bersebab. Kalau fikir malu, tak payahlah bersetuju nak masuk bertanding sebab bukan paksaan pun. Ia kerelaan sendiri.

“Apabila dah kata setuju, itu bermakna kita secara tak langsung sudah sedia jadi peserta. Bagi saya, terima saja komen juri itu dengan tenang dan positif. Pada masa sama, perbaki mana yang ditegur kurang atau lemah itu,” katanya.


Sumber : Harian Metro. Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 8-1-2025 07:42 PM
tak payah la awak dah level lejen..tak kan nak kena hadap lagi kritikan juri2 yg kadang mmmm
Quote mamajawie 10-1-2025 12:04 AM
Minggu pertama nak nyanyi lagu ape?Lagu Halimah Jongang?? confirm la minggu pertama da tersingkir

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.089692 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top