Menerusi satu hantaran di TikTok, safespacemuslimah telah memuat naik satu tangkap layar siaran langsung Umisya dan Aslam yang sedang mempromosikan lipstick. Umisya perli Aslam, tak hensem macam dulu Pada siaran langsung itu, Umisya telah menerima komen di siaran langsung itu yang mendakwa dia memilih untuk tetap bersama Aslam walaupun suaminya itu pernah berlaku curang kerana wajahnya yang kacak. Bagaimanapun, Umisya menafikan perkara itu dengan perlian dan berkata Aslam hanya kacak ketika kali pertama mereka bertemu dan kini dia tidak lagi merasakan perkara yang sama. “Masa pertama kali saya nampak Aslam, dia lagi hensem dari sekarang. Tapi bila lama-lama baru nampak tak hensem pun rupanya,” katanya tenang. Tetap hormat suami, Umisya perli Aslam Tidak cukup dengan itu, Umisya dengan tenang telah membaca satu lagi komen netizen lain yang berkata lelaki kacak akan setia kepada satu wanita sahaja. Aslam terdiam sebentar mendengar komen-komen daripada isterinya serta komen yang dibaca oleh Umisya kemudian memalingkan wajahnya. Namun begitu, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila Umisya tersasul memanggil dirinya sebagai isteri kedua ketika membalas komen warganet. Susulan tersalah memanggil dirinya sebagai isteri kedua, Aslam dengan cepat membetulkan perkara itu hingga mengundang tawa dari Umisya. “Saya hormat dia, walaupun dia macam tu dia tetap jaga isteri nombor dua. Eh, eh nombor satu. Salah cakap lah, nombor satu! Allahu Akbar, apooo,” katanya sambil ketawa. Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang bersetuju bahawa selalunya di awal perkenalan, lelaki pilihan akan terlihat kacak namun perkara itu berubah selepas sudah lama bersama. Sekadar info, pasangan ini telah berkahwin sekitar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung ketika kedua-duanya masih bergelar pelajar dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Bagaimanapun, kontroversi melanda perkahwinan mereka selepas Aslam didakwa curang bersama anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania. Tidak lama kemudian, Abby mengesahkan anak perempuannya itu telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand sekitar Disember 2023. Namun begitu, Umisya memilih untuk tidak berpisah dengan Aslam dan kini sedang bermadu dengan Marissa.
Sumber : Oh Media
|
cicicumel replied at 8-1-2025 09:04 AM
Without Marissa...xde sape pn kenal 2 ketul ni...
selipar_hijau replied at 8-1-2025 12:39 AM
dua-dua bodoh tapi lagi bodoh bininya tu
aslam main sedap kot tu yg bertahan walau apa jadi
ADVERTISEMENT