"Saya rasa kalau tidak ada di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) mungkin saya akan pergi umrah bersama mereka (Exists)," kata Mamat meluahkan perasaan ralat kerana tidak dapat bersama kumpulan Exists mengerjakan umrah. Mamat bagaimanapun meminta anggota lain membuat umrah yang terbaik dan menyifatkan apa yang dilaluinya tidak sama dengan situasi dilalui oleh mereka. "Zaman kelalaian saya, zaman apa yang pernah saya lakukan. Saya pergi setiap konsert bersama Exists dan menghiburkan peminat. Saya dah berjaya memiliki satu pencapaian. "Tapi dari segi pemulihan, saya tak boleh meniti tangga yang sepatutnya. Saya bagi komitmen seratus peratus pada Exists dan ini keperibadian saya yang sepatutnya," katanya ditemui pada satu temubual eksklusif dengan Harian Metro di sebuah hotel, di sini, hari ini. Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 48, berkata dia mengetahui perkara berkaitan umrah kumpulan Exists menerusi pembacaan satu artikel di akhbar.
"Saya doakan semua anggota Exists, adik-beradik saya yang lama itu supaya pergi dan pulang dalam keadaan baik dan umrah itu jadi sesuatu yang sangat bermakna. "Mereka pun nak doakan saya di sana dan saya sangat bersyukur. Cuma saya berasa sedih sikit kerana apa yang mereka lakukan untuk kebaikan Exists saya tak dapat sertai," katanya. Kumpulan Exists ditawarkan peluang mengerjakan umrah menerusi program Umrah Langkah Seiringan Exists pada 22 Januari hingga 2 Februari ini oleh syarikat Darmina Revolution. Mamat kini sudah enam bulan di bawah pengawasan untuk rawatan dan pemulihan oleh Pengasih di Kompleks Pengasih Cinta Manis, Bentong, Pahang. Terdahulu pada 8 Julai 2024, Mamat yang sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019, berjaya dalam rayuan terhadap sabitan dan hukumannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor. Penyanyi lagu Untukmu Ibu dan Salju Di Danau Rindu itu bagaimanapun dikenakan hukuman denda RM4,000 dan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong. Sumber : Harian Metro |
Shayang replied at 9-1-2025 04:25 PM
Takde ke acik forum yang nak kahwin ngn mamat ni.
Ralat gak laa
Shayang replied at 9-1-2025 04:25 PM
Takde ke acik forum yang nak kahwin ngn mamat ni.
Ralat gak laa
Zaman kelalaian saya, zaman apa yang pernah saya lakukan. Saya pergi setiap konsert bersama Exists dan menghiburkan peminat. Saya dah berjaya memiliki satu pencapaian...
ezacbee replied at 9-1-2025 04:40 PM
Manetau ada biz woman pantai timur ke pantau barat ke yg sudi meminang atok bercucu ni.
manehnya replied at 9-1-2025 11:33 AM
apa maksud ralat tuh.. harap bang mat oke je
prince_marhaen replied at 9-1-2025 05:13 PM
Zaman bila yang clean tu bang mat? Ahli Exist yang lain pun commit jugak join konsert merata-rata, ...
ADVERTISEMENT