CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ahmad Idham ambil risiko pilih bakat baharu terajui ‘Sahak Gangster’, puas hati lakonan Hariz Hamdan dan Nelissa Nizam

9-1-2025 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9882| Komen: 8

 


MEMILIH pelakon baharu iaitu Hariz Hamdan dan Nelissa Nizam menerajui filem Sahak Gangster merupakan satu keputusan tepat dibuat oleh pengarah Dr Ahmad Idham.

Melihat sambutan penonton pada malam tayangan perdana, Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 51, meluahkan keyakinan gandingan Hariz dan Nelissa berjaya menambat hati menerusi aksi bersahaja mereka.

"Pada mulanya apabila saya mempertaruhkan Hariz dan Nelissa dan ketika itu mereka masih pelakon baharu, saya risau satu perkara sahaja bolehkah saya membawa nilai hiburan kepada penonton.

"Namun ternyata selepas menonton tayangan perdana, Alhamdulillah daripada minit pertama sampailah akhir, filem ini berjaya menambat hati penonton," katanya kepada mStar.

 


Dalam pada itu, Idham memberitahu dia mengambil risiko memilih bakat baharu sebagai peneraju utama filem berkenaaan namun percaya Sahak Gangster bakal melonjakkan nama Hariz dan Nelissa di persada industri lakonan.

Kata Idham, pilihan kedua-dua pelakon itu dibuat menerusi sesi ujibakat selain dicadangkan oleh rakan-rakan dalam industri.

"Memang saya rancang mahu ketengahkan bakat-bakat baru dan saya menjangkakan apabila filem ini ditayangkan, nama Hariz dan Nelissa semakin dikenali ramai.

"Untuk pemilihan Hariz dan Nelissa memang saya panggil mereka untuk sesi ujibakat. Sebenarnya Hariz direkomendasi oleh pelakon Eizlan Yusof. Saya sentiasa rujuk kepada Eizlan kerana menganggap dia masih dalam bidang hiburan ini.

"Saya akui mengambil risiko besar untuk mengambil bakat baharu dan disebabkan itu saya tampilkan pelakon lain seperti Yana, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Razak Ahmad dan Chiwan Raja Lawak," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai Sahak Gangster, Idham berkata dia sudah lama tidak mengarahkan filem santai yang menghiburkan.

Meskipun berjudul gangster, Idham memberitahu ianya tetap menerapkan unsur kekeluargaan yang memberi mesej positif kepada penonton.

"Sudah lama kita tidak menerbitkan 'popcorn movie' (filem hiburan). Kalau cerita fasal filem gangster biasanya kita dihidangkan dengan babak-babak ganas tetapi pada akhirnya saya mahu memberikan mesej kepada penonton.

Memang saya rancang mahu ketengahkan bakat-bakat baru - AHMAD IDHAM, PENGARAH

"Saya lebih suka melihat apa disebalik cerita itu dan kalau kita lihat Sahak Gangster ini sebenarnya adalah filem berkisarkan tentang keluarga.

"Pada akhirnya semua berkaitan dengan keluarga dan kita boleh lihat pengorbanan seorang ayah kepada anak dan tanggungjawab anak kepada ayah. Nilai kekeluargaan ini yang saya mahu bawa dalam filem Sahak Gangster," katanya.

 

Filem Sahak Gangster mengisahkan tentang Sahak lakonan Hariz dibesarkan Pak Andak (Usop Wilcha) iaitu seorang gangster kawasan yang amat digeruni.

Sahak merupakan harapan utama Pak Andak untuk menerajui Geng Bunga Merah satu hari nanti. Namun, segala harapan itu kemudian berubah apabila Pak Andak ditangkap polis ketika mahu menyelamatkan anak saudaranya, Maya dari musuh iaitu Geng Pak Man.

Setelah lima tahun, Pak Andak dibebaskan penjara. Namun, dia telah ditembak secara hendap dan meninggal dunia di pangkuan Sahak.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Pak Andak sempat meninggalkan amanat kepada Sahak untuk mencari siapa yang menembaknya dan membalas dendam.

Selain Hariz dan Nelissa, Sahak Gangster turut dibintangi barisan pelakon Yana Samsudin, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Razak Ahmad, Acong Sweetchild dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Sahak Gangster bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 9 Januari ini.


Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 9-1-2025 08:06 PM
Finas finas. Bawak2 la audit dana perfileman ni. Macam buang duit je. Padahal kalau bagi dekat pengarah muda yg berpotensi, banyaklah karya-karya fresh, takde lah merapu meraban
Quote cantthinkofany 9-1-2025 08:36 PM
phalanx replied at 9-1-2025 08:06 PM
Finas finas. Bawak2 la audit dana perfileman ni. Macam buang duit je. Padahal kalau bagi dekat penga ...

result audit pun boleh diurut der.....so tak payah la menaruh harapan.....
Quote Binodino 9-1-2025 08:39 PM
Tengok muka pengarah pun tak rasa nak tengok wayang ni.
Quote cikatilia 9-1-2025 09:08 PM
Kalau cerekaraman pon xhingin nak nontonin nya apatah laie film kena bayaq. Terima kasih ajela. Poster pon punya lah huduh.
Quote phalanx 9-1-2025 09:54 PM
Edited by phalanx at 10-1-2025 05:32 AM
cantthinkofany replied at 9-1-2025 08:36 PM
result audit pun boleh diurut der.....so tak payah la menaruh harapan.....


Teringat filem vik2ria sekret. Dpt dana finas rm500k. Filem cam apa je, kutipan rm3k.
Quote babycc 9-1-2025 10:26 PM
ada lg ke yg nak tgk filem2 dia ni? filem sebelum ni yg ada alif satar pon x laku kan?
Quote alien88 10-1-2025 11:51 AM
berani ye ahmad idham ambk pelakon baru jd main lead
walaupon iolls suka tgk muka2 baru di tv, tp bagi la diorg berlakon drama or telemovie dulu
ini terus ke movie, dah la jalan cerita ntah apa2
rindu nk tgk movie mcm Setem
Quote cantthinkofany 10-1-2025 01:06 PM
phalanx replied at 9-1-2025 09:54 PM
Teringat filem vik2ria sekret. Dpt dana finas rm500k. Filem cam apa je, kutipan rm3k.

honestly la ek....ada ke dana2 kerajaan ni disalurkan ke channel yg sebetul2 and setulus2nya....just curious....coz aku salah seorang marhain yg bertungkus lumus bekerja but at the end of the day big portion of it utk bayar tax weiiiii.....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.029509 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top