KUALA LUMPUR : Kementerian Ekonomi menetapkan satu tradisi baru, yang mana pada setiap awal tahun, satu forum ekonomi peringkat tertinggi akan dianjurkan bagi memberi naratif ekonomi negara. Menterinya, Rafizi Ramli berkata, naratif ekonomi yang akan disampaikan sendiri Perdana Menteri, berupaya meyakinkan pelabur antarabangsa dan domestik. "Bahawa dasar-dasar ekonomi negara ada kesinambungan dan dirancang dengan teliti mengambil kira peranan sektor-sektor lain seperti pendidikan, sumber manusia, teknologi, hubungan antarabangsa, perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan di media sosial X. Rafizi menjelaskan usaha meyakinkan pelabur antarabangsa dan dalam negara perlu diterus dilakukan secara menyeluruh. "Pelabur antarabangsa dan dalam negara akan terus memantau prestasi pelaksanaan kerangka Ekonomi Madani. Mereka ingin tahu bagaimana kita akan menyediakan bakat-bakat berkemahiran tinggi yang diperlukan di masa hadapan?
"Bagaimana kita akan menangani cabaran fiskal negara, agar kita konsisten mengurangkan defisit dan hutang negara? Apa rancangan kita untuk melonjakkan kepakaran teknologi kita? Apa keutamaan reformasi pendidikan untuk memenuhi kebangkitan ekonomi Malaysia mutakhir ini?" katanya. Rafizi berkata, hasrat negara untuk memberi tumpuan kepada ekonomi yang berasaskan peralihan tenaga bersih, menjadi pemain semikonduktor utama dunia dan menerajui ekonomi digital diterima baik oleh masyarakat pelabur dunia. Katanya, ini dapat diterjemahkan menerusi kemasukan pelaburan asing yang diumumkan sepanjang 2024. "Ekonomi Malaysia tumbuh baik dalam 2024. Saya yakin bila angka rasmi dimuktamadkan bulan depan, Malaysia akan mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini bagi 2024. "Sebahagian penyumbang kepada prestasi ini adalah kerana pelabur dan industri menerima baik perancangan ekonomi negara yang diungkapkan melalui Kerangka Ekonomi Madani," katanya. Hari ini, buat kali pertama kerajaan menganjurkan forum ekonomi utama negara yang dinamakan Forum Ekonomi Malaysia. Ucaptama forum itu siang tadi disampaikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membariskan anggota Kabinet, kapten industri dan pakar ekonomi negara dan antarabangsa. Sumber : Berita Harian |
kasibiman replied at 10-1-2025 09:38 AM
"... hasrat negara untuk memberi tumpuan kepada ekonomi yang berasaskan peralihan tenaga bersih, men ...
ADVERTISEMENT