CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aunty Duduk Blok D, Tapi Sapu Semua Sampai Blok E Dan F!

10-1-2025 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10517| Komen: 25|Original author: vanillaessence

 

 

Baru-baru ini, tindakan seorang aunty berbangsa India telah menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zayn, awalnya kelihatan aunty yang memakai baju berwarna ungu sedang sibuk menyapu di kawasan perumahan sebuah rumah flat.

Kelihatan aunty itu beralih dari satu kawasan sehingga ke bahagian pengumpulan sampah untuk membuang sampah-sarap yang telah disapunya disepanjang jalan.

Tindakannya itu, membuatkan kawasan di sepanjang jalan flat berkenaan kelihatan bersih tanpa satu pun sampah-sarap.

Menurut Zayn aunty itu sebenarnya penghuni di blok D namun dia tidak berkira apabila melakukan pembersihan sehingga sanggup menyapu ke blok lain.

“Padahal aunty ini rumah dia block D, tapi dia sapu semua sampai ke blok F dan E,” kata Zayn.

Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh Zayn, kelihatan aunty itu turut menyapu beberapa sampah yang berada berdekatan bilik sampah.

“Pernah tak kalian jumpa aunty yang rajin atau memang sering kamu jumpa di kawasan rumah kalian? Mesti ada salah satu aunty yang suka jaga kebersihan sampai halaman dan kawasan lain dia sapu,” tulis Zayn di ruang kapsyen.

    @zayn.hdyt

    Pernah tak kalian jumpa auntie yang rajin,  Atau memang sering kamu jumpa. Di kawasan rumah kalian. Mesti ada salah satu auntie yg suka jaga kebersihan,sampai halaman dan kawasan lain dia sapu.

    ♬ Dil ko qarar aya – Ashh

Ramai puji, siap suruh beri upah

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap aunty yang dilihat langsung tidak berkira apabila membersihkan kawasan jalan yang ada di flat terbabit.

Malah terdapat seorang pengguna di media sosial mendakwa aunty itu sebelum ini bekerja di Alam Flora dan pernah dinobatkan pekerja terbaik.

Tidak kurang juga ramai yang ingin berjumpa dengan aunty ini dan memberikan sedikit sumbangan atas kerajinannya sebagai tanda penghargaan.

Ada juga memberikan cadangan untuk memberi aunty tersebut upah atas kerajinannya membersihkan blok.

“Ambil butiran aunty ni hantar nama untuk bakal masuk dalam tokoh anugerah masyarakat.”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaessence 10-1-2025 08:29 AM
[tiktok]7457468202499443986[/tiktok]
Quote aTiKah_aYuNi 10-1-2025 09:31 AM
ni kalau suruh kemas umah, sure berkilat.....
Quote supernaturalee 10-1-2025 11:55 AM
aTiKah_aYuNi replied at 10-1-2025 09:31 AM
ni kalau suruh kemas umah, sure berkilat.....

kan. lantai rumah dia mesti berkilat tu

biasa je nmpk rmh india yg lantai ruang tamu die simen biasa je
tp berkilat dia tu dr luar rmh pun kita dh nmpk


Quote gorjeous 10-1-2025 12:08 PM
Rajin giler..
Quote FOTHER-MUCKER 10-1-2025 12:16 PM
Jika di fb ni mesti ada yang kata Semoga dia mendapat hidayah!
Quote B40tastePosh 10-1-2025 12:17 PM
Sampai ke Z
Quote Butterfly41 10-1-2025 12:44 PM
Bahagianya hidup dapat jiran pembersih macam ni. At least yang tidak menyumbang asap rokok dan tidak menternak lipas cicak pun rahmat dah rasanya.
Quote aTiKah_aYuNi 10-1-2025 02:17 PM
supernaturalee replied at 10-1-2025 11:55 AM
kan. lantai rumah dia mesti berkilat tu

biasa je nmpk rmh india yg lantai ruang tamu die simen bi ...

opis sini ade acik india amik upah kemas2 rumah RM250...tp tu la, nak kena amik dan hantar dia kt rumah...
Quote ninja boy 10-1-2025 02:19 PM
Org India mmg ada pembersih
Quote Triple_8 10-1-2025 02:24 PM
FOTHER-MUCKER replied at 10-1-2025 12:16 PM
Jika di fb ni mesti ada yang kata Semoga dia mendapat hidayah!

Manakala di porem cari pula, kisah ini bakal dijadikan modal untuk mengutuk orang Melayu isle: seramai-ramai Melayu isle di situ, dapat kat kapiaq jugak benda-benda baik macam ini, seraya membacakan kisah-kisah sampah bertaburan di LPT dan rnr.
Quote vanillaessence 10-1-2025 02:33 PM
[tiktok]7457466075295321362[/tiktok]
Quote Miss_LoveLeen 10-1-2025 03:00 PM
Meolss tak suka betul perkataan kalian tu
Quote supernaturalee 10-1-2025 03:03 PM
aTiKah_aYuNi replied at 10-1-2025 02:17 PM
opis sini ade acik india amik upah kemas2 rumah RM250...tp tu la, nak kena amik dan hantar dia kt  ...

saiz rumah?
mcm mahal jgk tu



Quote kucingitam 10-1-2025 03:11 PM
ex boss aku gini gakla..sampai depan rumah jiran2 dia sapu..terlebih rajin..
Quote melinda_kerr 10-1-2025 03:15 PM
mcm mak aku jer... nk sapu dpan rumah habis satu blok taman die sapu.. lepasni aku nk viralkan mak aku pulak..
Quote melinda_kerr 10-1-2025 03:15 PM
mcm mak aku jer... nk sapu dpan rumah habis satu blok taman die sapu.. lepasni aku nk viralkan mak aku pulak..
Quote ntahapapantah 10-1-2025 03:22 PM
FOTHER-MUCKER replied at 10-1-2025 12:16 PM
Jika di fb ni mesti ada yang kata Semoga dia mendapat hidayah!

Senang² gi tgk komen type c macamana dia perli/kutuk org melayu/Islam contoh di Malaysia Sin Chew Daily bila melibatkan berita berkenaan melayu atau Islam. Ada engkau kisah atau sensitif? Takde kan?
Quote johan-adx 10-1-2025 03:56 PM
penduduk situ berpakat lah..bayorkan sikit gaji kt dia
dr upah pekerja asing bt kje yg ngulor byk
Quote Triple_8 10-1-2025 03:57 PM
ntahapapantah replied at 10-1-2025 03:22 PM
Senang² gi tgk komen type c macamana dia perli/kutuk org melayu/Islam contoh di Malaysia Sin Chew ...

محمد رسول الله والذين جاءوا من بعده أشداء عليهم رحماء بين الكفار

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.033263 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top