CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PAS tak layak jadi teladan perjuangan Islam, Melayu - Mujahid

10-1-2025 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12233| Komen: 8|Original author: Raline


 

 


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan PAS tidak layak menjadi teladan sebagai sebuah parti dengan perjuangan Islam dan Melayu.

Bekas Menteri Agama itu mendakwa, PAS mengamalkan politik Machiavelli, iaitu matlamat menghalalkan cara yang kononnya ditentang selama ini.

Tambahnya, perhimpunan solidariti dan isu addendum dijadikan dalih untuk menutup segala kelemahan Pas sedangkan pemimpin parti itulah yang paling kuat membidas Datuk Seri Najib Razak ketika isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletus dahulu.

"Amanah kesal dengan tindakan Pas menyertai Perhimpunan Solidariti Najib yang dijadikan medan memburukkan serta memfitnah Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Laungan dan retorik Islam Pas hanyalah ibarat tin kosong kerana hakikatnya perhimpunan itu bertujuan meraih sokongan melalui pendekatan politik murahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya, rakyat perlu mengenali watak dan keperibadian sebenar Pas supaya tidak terperangkap dengan sandiwara dan permainan politik yang selalu berubah mengikut musim serta kepentingan sempit politik.

Katanya, Pas hanyalah parti politik oportunis tanpa panduan prinsip dan nilai-nilai Islam sebenar.

"Hakikatnya, Pas hanyalah menggunakan prinsip hukum mengikut selera dan jelira rasa politiknya sekali gus mahu mencetuskan polemik politik untuk membelasah Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, merelakan dirinya menjadi batu api untuk menggugat kestabilan negara.

"Sungguhpun Ketua Polis Negara sudah mengarahkan supaya perhimpunan itu dibatalkan, Pas tetap meneruskannya demi mencapai matlamat dan kepentingan politik sempit dan bersifat peribadi," katanya.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ntahapapantah 10-1-2025 03:26 PM
Baiklah Kekanda..
Quote piyek92 10-1-2025 03:50 PM
dia ni dah jarang interfram dulu masa jadi menteri agama hari2 kena kecam
Quote Triple_8 10-1-2025 03:50 PM
Ambo setuju. Tapi kalu letok depe pah nge dap, ambo pakoh pah.
Quote nikaido 10-1-2025 06:15 PM
Triple_8 replied at 10-1-2025 03:50 PM
Ambo setuju. Tapi kalu letok depe pah nge dap, ambo pakoh pah.

PAS sentiasa memekak & meratib DAP, tp rasanya xpenah lg PAS letak calon bertanding lawan DAP
Quote Triple_8 10-1-2025 06:25 PM
nikaido replied at 10-1-2025 06:15 PM
PAS sentiasa memekak & meratib DAP, tp rasanya xpenah lg PAS letak calon bertanding lawan DAP


Quote nono86 12-1-2025 03:10 PM
Kenyataan ni aku setuju, sejuta kali setuju.. duk tunggang agama semata2 nak raih undi..
Ko tengok negeri yang dia perintah, agama dan akhlak rakyatnya lebih kurang sama dengan negeri lain.. tu la, sebelum tengok rakyat, tengok dulu pihak2 atasan yang nak urus rakyat tu.. yang pegang jawatan kroni aje. Itu yang beli mecedis tu, konsep bersederhana mana dorang pakai, mecedis tu aku tak nampak pun video harung banjir hantar bantuan, atau masuk pelosok pedalaman atau tinjau jalan berlobang2.. nak jadi pejuang agama, ko jadi ulamak, pergi seluruh pelusuk negeri sampaikan ajaran agama pada rakyat, tak payah kalut dengan potilik, semua tu dunia semata.
Quote Belibis 12-1-2025 07:57 PM
Kenapa PAN taknak buktikan sebagai pejuang islam pulak? Bukan sebagai balacai dap.
Quote axl_bach 13-1-2025 11:52 AM
Perjuangan yg PAS dakwa sbg memperjuangkan Islam terlalu sempit skopnya..... Mrreka dakwa perjuangkan hudud tu sbg memperjuangkan Islam, perketatkan hukuman RUU355 sbg memperjuangkan Islam.....

Dan lg parah, ada penceramah dorg yg dakwa ayat In Tansurullaha yansurkum yu sbg perjuangkan hudud, dan bila kita buat hudud segalanya akan selesai, semua permasalahan negara akan selesai....

Hakikatnya isu pentadbiran ni bukan sekadar undang2 jenayah Hudud..... Hudud tu x sampai 0.005% pun dari pentadbiran Islam.....

PAS punya pendapat berkait pentadbiran Islam ni menakutkan, sampai cukai pun dotolak, kononnya dlm Islam cuma ada zakat utk org Islam, dan Kharaj serta Jizyah utk bukan Islam....

Terlalu kabur utk PAS dakwa dorg perjuangkan Islam.....

Tu blom lg hal perbankan, hal hubungan antarabamgsa, dll....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.049291 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top