CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah pasang CCTV dalam tandas pelajar

12-1-2025 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12728| Komen: 6

 


LONDON – Sebuah sekolah menengah di England menerima kecaman ibu bapa kerana memasang kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam tandas pelajar, lapor akhbar Metro UK. 

Kejadian berlaku di Sekolah Sponne yang terletak di bandar Towcester, daerah Northamptonshire. 

Langkah itu bertujuan membanteras tingkah laku anti-sosial dan vandalisme di dalam tandas sekolah. 

“Pemasangan CCTV akan menghalang tingkah laku seperti buli, vandalisme, menghisap vape dan salah laku lain. 

“Ia juga boleh membantu guru-guru menangani situasi tidak diingini dengan segera,” demikian menurut memo yang dihantar kepada ibu bapa awal minggu ini. 

Meskipun dipasang di dalam tandas, beberapa bahagian penting seperti tempat membuang air kecil akan ‘dikaburkan’. 

“Anak saya dan rakan-rakannya tidak selesa untuk menggunakan tandas akibat pemasangan CCTV ini. 


“Saya memahami keperluan untuk menangani tingkah laku anti-sosial dan buli tetapi tindakan ini adalah melampau,” kata ibu bapa seorang pelajar. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 13-1-2025 12:11 AM
WOW kagummmnya
Quote PULANGKAN 13-1-2025 12:35 AM
cctv dalam kelas & tandas, iols setuju

maybe sebab iols pernah saksikan budak kena belasah ramai-ramai dek pembuli. tapi takde sapa berani mengadu. sebab pembuli ramai dan ganas. tak settle dalam sekolah, luar sekolah dia cari
Quote Akalditipumata 13-1-2025 01:05 AM
Ni la port belasah.. good.
Quote Jitu 13-1-2025 01:15 AM
bimbang disalah guna pervert je nnt kena hack pastu tersebar video yg bukan2

tak nampak muka takpe lg
setakat body blh lg mengaku tu org lain
Quote emera 13-1-2025 08:44 AM
Ok je dlm toilet. Hala ke arah sink sebaris tu. Bukannya dlm cubicle. Utk toilet lelaki, tricky sikit.. tp tu lah yg membulinye selalunya budak lelaki.
Quote Kitty_catz 13-1-2025 08:54 AM
cegu2 pun kinky keee?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.083899 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top