CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan

15-1-2025 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6732| Komen: 28|Original author: Raline



DUNGUN – Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan prosiding kes seorang suri rumah yang dituduh membunuh tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan pada 9 Oktober lalu boleh diteruskan bagi perbicaraan.

Majistret Nur Amira Fatihah Osman memerintahkan demikian selepas laporan pemeriksaan psikiatri Hospital Permai, Johor Bahru berpuas hati tertuduh, Norizan Ismail, 49, layak untuk dibicarakan.

Beliau juga memutuskan sebutan semula bagi pengurusan kes tersebut berjalan pada 20 Februari depan.

Berdasarkan tiga pertuduhan, Norizan didakwa menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh yang ketika itu memandu kenderaan utiliti sukan (SUK) Honda CR-V di Jalan Pantai berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di sini pada pukul 7.30 malam, 9 Oktober lalu.

Norizan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman hukuman mati atau penjara antara 30 tahun dan 40 tahun serta hukuman minimum 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Norizan telah dihantar ke Hospital Permai bagi pemeriksaan psikiatri selama tiga bulan sejak 15 Oktober lalu.

Kosmo! 11 Oktober lalu melaporkan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan Honda HR-V dipandu Norizan.

Sewaktu kemalangan, tertuduh dikatakan memandu kenderaan tersebut tanpa pengetahuan suami dan anak bongsunya yang sedang mengerjakan solat maghrib.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 14-1-2025 01:01 PM
Bermakna tak giler lah iya......
Memang patut pun... Sblm dia langgar students tu, dah pernah accident jugak....
Memang tak serik...

Elok dia je mat*
Quote qistiena 14-1-2025 01:10 PM
Nape acik x siapkan awal2 kd oku. Kalau x bole lepas pertuduhan
Quote wikedsaikel 15-1-2025 09:03 PM
Jap OT. Tadi nampak kat X ada kes budak 16 tahun langgar kereta dan maybe motor sampai 5 nyawa melayang. Siap pakej sempat curi barang mangsa. Tolong la buka benang.
Quote mrseller 15-1-2025 11:35 PM
Tudung matching color uolssss. Mmg gini ka?
Quote sayawifenikmie 16-1-2025 01:45 AM
saya tak rasa dia tak mental
takkanlah suka2 langgar
Quote sayawifenikmie 16-1-2025 01:47 AM
Edited by sayawifenikmie at 16-1-2025 01:04 PM
wikedsaikel replied at 15-1-2025 09:03 PM
Jap OT. Tadi nampak kat X ada kes budak 16 tahun langgar kereta dan maybe motor sampai 5 nyawa melay ...

budak tu naik motorsikal ke?
penunggang motorsikal kebal kalau berlanggar dgn kereta
pasti depa yg akan menang
info hasil rajin berkuntum kat page tanya peguam
Quote Insomniac 16-1-2025 03:12 AM
Knp acik langgar? Acik amek barang ker?
Quote Zeelalala 16-1-2025 03:47 AM
sayawifenikmie replied at 15-1-2025 06:47 PM
budak tu naik motorsikal ke?
bukan penunggang motorsikal kebal ke kalau berlanggar dgn kereta?
pas ...

faham tak apa yg org tu taip? Dia bgtau 5 nyawa melayang. Mcm x kene komen bgtau penunggang motosikal kebal kalau kene langgar dgn kereta.
Quote zehra2 16-1-2025 06:12 AM
jgn amik mudah dgn depression ni.. sebab biarkan tanpa rawatan. akhirnya jd mcm ni.
jgn malu kot bini tu meroyan ke apa.. atau keturunan ada saka ke..
bawak ler berubat. mkn ubat betul2..
bukan tak kesian tapi kesiankan lagi keluarga yg hilang anak lelaki yg menjadi harapan..
takut nak dgr bicara.. sebab mula ari tu mcm katanya kereta dipandu laju sampai naik laluan pejalan kaki
Quote Dalcott 16-1-2025 09:40 AM
smg mendapat keadilan kpd yg terlibat
Quote shida81 16-1-2025 09:43 AM
Katanya pompuan ni mental kan
Quote gorjeous 16-1-2025 12:04 PM
Jadi dia waras laa..
Quote manehnya 16-1-2025 12:10 PM
so cubaan suami nk buat dia tak layak dibicarakan?
Quote toynme 16-1-2025 12:19 PM
kaka pakai shading ke?
sedih la kes ni
habis lauk berterabur
haihhh
Quote idase76 16-1-2025 12:21 PM
wikedsaikel replied at 15-1-2025 09:03 PM
Jap OT. Tadi nampak kat X ada kes budak 16 tahun langgar kereta dan maybe motor sampai 5 nyawa melay ...

<font style="font-family:'Helvetica Neue',Helvetica,Verdana,Tahoma,sans-serif; font-weight: bold; font-size: 18px;-webkit-font-smoothing: antialiased; ">POLIS SAHKAN REMAJA MEMANDU KENDERAAN HINGGA RAGUT LIMA NYAWA DI JALAN STUTONG BARU TIADA LESEN MEMANDU</font>
https://b.cari.com.my/forum.php? ... amp;fromuid=1023376
(出处: CariDotMy)


Quote syamzana 16-1-2025 12:26 PM
sayawifenikmie replied at 16-1-2025 01:47 AM
budak tu naik motorsikal ke?
bukan penunggang motorsikal kebal ke kalau berlanggar dgn kereta?
pas ...

bukan kak..
bdk 16thn tu drive saga dgn kawan2 dia takdak lesen. nak overtake ke caner entah x lepas, langgar moto, kereta.
kawan2 dia 2mati+sorg parah. rider moto tu pompuan kot pun mati. yg lain2 dlm kete berasingan cedera
kereta dah mcm apa je penyek terbalik.
eh tp katanya 5 mati...x igt dah yg mana lg mati.
Quote syamzana 16-1-2025 12:27 PM
sempat lg cari tudung matching dgn uniform tu ye??
semoga dijatuh hukuman mati
Quote sayawifenikmie 16-1-2025 12:59 PM
syamzana replied at 16-1-2025 12:26 PM
bukan kak..
bdk 16thn tu drive saga dgn kawan2 dia takdak lesen. nak overtake ke caner entah x lep ...

akak selalu rasa angin bila baca kes kes melibatkan mat motor niwalau depa yg doklanggat kereta
tetaplah insuran kereta kena tuntut segala
habis ncb (ke ncd .. i is kompius)
sebab tu rasanya mat mat motor ni
tak kisah selit2 laju laju kat waktu puncak
kita pulak yg ngeri


kalau melibatkan anak2 bawah umur bawak kereta tanpa lesen melibatkan kematian ni
seeloknya parents kena hukum sekali
Quote sayawifenikmie 16-1-2025 01:02 PM
Zeelalala replied at 16-1-2025 03:47 AM
faham tak apa yg org tu taip? Dia bgtau 5 nyawa melayang. Mcm x kene komen bgtau penunggang motosi ...

tak faham puan
saya bodoh

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.040832 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top