CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thailand gesa rakyatnya di Malaysia pulang bantu bangunkan negara sendiri

17-1-2025 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7542| Komen: 23

 

NARATHIWAT: Kerajaan Thailand menggesa rakyatnya yang bekerja di Malaysia pulang dan memanfaatkan peluang pekerjaan yang kini tersedia di negara sendiri, kata Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham.

Beliau berkata sebelum ini ramai rakyat Thailand, terutamanya dari wilayah selatan seperti Narathiwat, Yala dan Pattani, berhijrah ke Malaysia untuk bekerja, terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan serta di restoran sebagai tukang masak atau pelayan kerana tawaran gaji yang lebih tinggi.

"Namun, dengan pemulihan ekonomi Thailand, kami berharap mereka kembali untuk membangunkan negara sendiri," katanya kepada media Malaysia menerusi penterjemah bahasa semasa lawatan mereka di sini baru-baru ini.

Trakul berkata, kerajaan Thailand kini menawarkan pelbagai sokongan untuk menarik rakyatnya pulang, termasuk peluang dalam sektor pertanian seperti penanaman padi, durian dan getah.


Selain itu, katanya, kerajaan Thailand juga menumpukan kepada aspek keselamatan dan keamanan untuk memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

"Walaupun tawaran gaji mungkin tidak setinggi di Malaysia, kami yakin dengan bantuan kerajaan, mereka mampu hidup selesa di Thailand," katanya. – BERNAMA


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 17-1-2025 12:28 PM
betul bhatt lagi strong dr RM skrg.. elok balik keje negara sendiri...
Quote cikpah27 17-1-2025 12:34 PM
cmf_PariS replied at 17-1-2025 12:28 PM
betul bhatt lagi strong dr RM skrg.. elok balik keje negara sendiri...

tu la tapi sana gaji rendah.. akak kedai tomye cakap, nak dapat gaji hari mcm kat sini, kalau kat Thai sana kena kerja berat baru dapat.
Quote cmf_PariS 17-1-2025 03:26 PM
cikpah27 replied at 17-1-2025 12:34 PM
tu la tapi sana gaji rendah.. akak kedai tomye cakap, nak dapat gaji hari mcm kat sini, kalau kat  ...

ye tak ye kan.. rakyat dia pun ramai benar..
Quote Skuau 17-1-2025 03:38 PM
bangla,indon,nepal,myanmar,rohingya,pakis?????
Quote Decaffeinated 17-1-2025 03:51 PM
Habis menggelupur ummah nak makan kedai tomyam tutup kalau semua siam balik kampung. Nak harap kedai masakan melayu masih wujud ka?

Quote lil_honey 17-1-2025 03:57 PM
thai baht memang strong, minyak sana mahal. rakyat masih dalam kemiskinan.
Quote sranua 17-1-2025 03:58 PM
Ada hari tu tokey cine bawak pekerja dia dua orang, org Thai..sorang muka macam Tony Jaa datang pasang grill pintu rumah aku.
Diorang yg datang merantau ke Malaysia nia ada yg dah level specialist..kalau pasang tiles tu dah pandai cantumkan dua keping tiles dengan tepi potong V..lekat 2 cantik je.
Kalau semua balik..nak harap kontrek Melayu..susah jugak..kejap2 nak minum....nak sap kok....esok ponteng pegi mancing...aii terbengkalai rumah macam ni.
Quote cikdot 17-1-2025 04:27 PM
tu la kan. even baht lagi strong pun ramai lagi warga telen yg cari makan kat sini. i wonder kenapa RM takleh beat THB. just sebab meraka kurang import & banyak eksport kah? & they're sulf sufficient too?
Quote B40tastePosh 17-1-2025 04:29 PM
Edited by B40tastePosh at 17-1-2025 04:30 PM
Decaffeinated replied at 17-1-2025 03:51 PM
Habis menggelupur ummah nak makan kedai tomyam tutup kalau semua siam balik kampung. Nak harap kedai ...


Ada je Melayu jual Tomyam....pernah pergi Sabak Bernam? berlambak kedai makan Melayu.

Mesti uols x stay dlm perkampungan Melayu totok.

Quote B40tastePosh 17-1-2025 04:32 PM
sranua replied at 17-1-2025 03:58 PM
Ada hari tu tokey cine bawak pekerja dia dua orang, org Thai..sorang muka macam Tony Jaa datang pasa ...

Tukang sendiri je uols....mesti berkurun baru siap kalau uols buat
Quote Decaffeinated 17-1-2025 04:42 PM
B40tastePosh replied at 17-1-2025 04:29 PM
Ada je Melayu jual Tomyam....pernah pergi Sabak Bernam? berlambak kedai makan Melayu.

Mesti uols  ...

Memang ada tapi tak sedap.

Nak cari kedai lauk2 melayu pun susah. Ko kena tau mana nak tuju tak boleh main langgar harap2 terjumpa.


Quote krustykrab 17-1-2025 05:36 PM
sranua replied at 17-1-2025 03:58 PM
Ada hari tu tokey cine bawak pekerja dia dua orang, org Thai..sorang muka macam Tony Jaa datang pasa ...

Pekerja indon pun ada jgk mcm tu.. iols pernah terkena. Masa tu iols tak pandai sgt nak cari2 org pasang tiles. Jumpa sekor indon ni dia kata boleh...nak gaji hari.ok la kitaorg bagi.
Dia punya jadual kerja mengalah kan pekerja ofis ko. Masuk pukul 9, buat keje sikit2. Pukul 12 pi melantak sampai pukul 2. Pukul 5 balik. Cabai sungguh punya laki trisnot. Punya la stress sampai laki aku kena tolong angkat simen sekali nak bagi cepat siap. Udahnya bilik belakang mcm setan dia buat.
Quote B40tastePosh 17-1-2025 06:17 PM
Edited by B40tastePosh at 17-1-2025 06:19 PM
Decaffeinated replied at 17-1-2025 04:42 PM
Memang ada tapi tak sedap.

Nak cari kedai lauk2 melayu pun susah. Ko kena tau mana nak tuju tak b ...


Kat tempat kitorg bersepah lauk Melayu...btw uols tinggal kat mana?

Malam tadi baru buat tahlil order Nasi Kuning
Quote miss_white 17-1-2025 06:59 PM
Decaffeinated replied at 17-1-2025 08:51 AM
Habis menggelupur ummah nak makan kedai tomyam tutup kalau semua siam balik kampung. Nak harap kedai ...

Xmati pun xmkn tomyam siam tu
Bukan sedap pun
Mula2 berniaga je terasa sdp
Dh lama berniaga sudah untung buat cincai
Elok lah siam2 ni blk thailand berniaga kt sana
Baik mkn tomyam kedai melayu
Melayu pun dh pandai buat tomyam

Quote Decaffeinated 17-1-2025 07:00 PM
B40tastePosh replied at 17-1-2025 06:17 PM
Kat tempat kitorg bersepah lauk Melayu...btw uols tinggal kat mana?

Malam tadi baru buat tahlil o ...

KV la.

Kedai lauk melayu ada, tak la banyak tapi tak bersepah macam kedai tom yam.

Quote Decaffeinated 17-1-2025 07:04 PM
miss_white replied at 17-1-2025 06:59 PM
Xmati pun xmkn tomyam siam tu
Bukan sedap pun
Mula2 berniaga je terasa sdp

Maybelah.
Actually kan siam sama siam pun even in Thailand tak sama rasa.


Quote nusaraya 17-1-2025 08:45 PM
Ayo MalayDEsh .. Jangan diam saja terhadap langkah yang nak diambil Thaiand itu .. Lakukan "Tindak Balas" yang "lebih elegan dab berkelas" dengan terlebih dahulu "mengusir" smua rakyat Thai yang ada di MalayDesh ...

Sampaikan pesan kepada Thailand ...

"MalayDesh dapat terus hidup dan kekal  tanpa  Thailand .. tetapi sebaliknya Thailand  X akan survive tanpa bantuan atau pertolongan dari MalayDesh"
Quote otai_g 17-1-2025 08:48 PM
Org Thai kat msia ni kalo laki bnyk keje restoran tom Yam, kalo perempuan keje tkg urut. Kat Thailand pun 2 job tu da tepu
Quote ninja boy 17-1-2025 09:35 PM
Thailand kerja Malaysia
Malaysian kerja singapore

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051853 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top