CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PROTON lancar X50 Sport Edition berharga RM98,300

17-1-2025 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7985| Komen: 18

 


KUALA LUMPUR: Selepas membuat kemunculan sulung di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), X50 Sport Edition akhirnya dilancarkan secara rasmi menerusi laman Facebook, Proton Cars.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak edisi terhad itu ditawarkan pada harga tawaran selepas rebat RM7,000 iaitu RM98,300 (harga asal RM101,800 + pakej tawaran harga RM3,500).

Sebagai jentera edisi istimewa, X50 Sport Edition terhad ditawarkan hanya 1,000 unit sahaja.

X50 Sport Edition ditawarkan dengan satu warna iaitu Quartz Black yang dipadankan dengan kit badan empat keping beraksen merah yang terdiri daripada splitter depan, skirt sisi, dan penyebar udara belakang.

 


Penambahbaikan daripada varian X50 Premium ini tampil dengan banyak kelebihan berbanding versi sedia ada.

Kombinasi warna hitam dan Merah menyerlahkan lagi aspek sporty jentera ini.

Pada bahagian badan terdapat pelekat berwarna merah untuk melengkapkan lagi penampilan X50 Sport Edition ini.

Penggayaan luaran ditambah lagi dengan rim 18 inci hitam dengan 10 jejari berkilat hitam akan menjadi ciri seterusnya yang menyerlahkan edisi Sport ini.

Melengkapkan transformasi X50 Sport Edition adalah lencana khas pada pintu belakang, pelindung ambang pintu dan pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi dan tray but

Bahagian dalaman X50 yang sudah menggunakan warna hitam-merah sesuai dengan penampilan luar SE ini.

X50 Sport Edition sebenarnya berdasarkan varian Premium, yang menggunakan enjin 1.5 liter port-injected dengan 150 PS/226 Nm, bukan unit TGDi varian Flagship yang menawarkan 177 PS dan 255 Nm.

Enjin tiga silinder turbo ini digandingkan dengan transmisi dual-klac basah tujuh kelajuan.

Menjengah ke dalam kabin, jentera edisi istimewa ini menampilkan pengecas tanpa wayar, karpet edisi terhad, scuff plate dan tray but.

Aspek keselamatan juga sama dengan ciri seperti sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), termasuk kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, dan bantuan kekal lorong.

X50 Sport Edition turut menerima pakej standard iaitu waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had, pakej data selama lima tahun 1GB sebulan, enam kali upah buruh untuk servis dan manfaat komprehensif program insurans Proton.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 17-1-2025 09:48 AM
Sport Edition versi EV bila lagi?
Quote gorjeous 17-1-2025 10:34 AM
Lawa.
Quote pokokmeranti 17-1-2025 10:52 AM
sejak masuk kereta China, aku rasa proton+geely di malaysia akan hilang pasaran. x mampu nak lawan harga lagi murah tapi spec lagi power
Quote black_handbag 17-1-2025 11:08 AM
sikit lagi topup boleh dpt hrv baru.. baik angkat hrv baru tu terus
Quote anony-mous 17-1-2025 11:33 AM
black_handbag replied at 17-1-2025 11:08 AM
sikit lagi topup boleh dpt hrv baru.. baik angkat hrv baru tu terus

Better yg ni lg rasanya. Dlm dia lawo. Hrv baru byk problem n honda ni kedekut betul. Karang lingkup mcm nissan
Quote anony-mous 17-1-2025 11:34 AM
pokokmeranti replied at 17-1-2025 10:52 AM
sejak masuk kereta China, aku rasa proton+geely di malaysia akan hilang pasaran. x mampu nak lawan h ...

Bg iols x kan hilang. Sbb klau i mmg xkn beli china punya kereta. Omoda lawa tp xberani ambil risk. Yg i percaya BYD tp fully electric plak. Jco luar je lawa. Dalam nmpk murahan betul
Quote PULANGKAN 17-1-2025 12:32 PM
uiyo. kita tengok review nanti
yang haritu punya, x50 & x70 ramai complain
Quote ultra78 17-1-2025 12:39 PM
Kalaulah arwah PeYno masih ada..
Quote pokokmeranti 17-1-2025 03:00 PM
anony-mous replied at 17-1-2025 11:34 AM
Bg iols x kan hilang. Sbb klau i mmg xkn beli china punya kereta. Omoda lawa tp xberani ambil risk ...

mungkin I salah guna wording, maksud I klu dulu X50 antara penyumbang utama hasil jualan proton, mungkin masa depan akan 'hilang' peratus jualan kepada kereta dari china. Omoda dulu pun ramai kata begitu, tapi baru2 ini no 4 jualan SUV di malaysia. Global punya jualan pun dah berjuta.
Quote airfilterkotor 17-1-2025 03:03 PM
ultra78 replied at 17-1-2025 12:39 PM
Kalaulah arwah PeYno masih ada..

PeYno dalam kenangan.
Quote vespa_oren 17-1-2025 03:28 PM
black_handbag replied at 17-1-2025 11:08 AM
sikit lagi topup boleh dpt hrv baru.. baik angkat hrv baru tu terus

Brp beza dgn hrv, 2tahun lepas adik aku angkat x50 plg premium sbb x lepas angkat hrv
Quote vespa_oren 17-1-2025 03:30 PM
airfilterkotor replied at 17-1-2025 03:03 PM
PeYno dalam kenangan.

Sangat legend dia, pernah dia muncul balik pas hilang seketika tapi dgn lebih beradab, tapi rasa ada dia tulis pasal tu dan r.i.p terus
Quote misszazaz 17-1-2025 03:41 PM
cantik
Quote Jitu 17-1-2025 04:00 PM
ultra78 replied at 17-1-2025 12:39 PM
Kalaulah arwah PeYno masih ada..

peyno tu sape abe ultra ?
dan kenapa selalu disebut2 ye

sorry iols masih baru dlm forum cari ni
Quote airfilterkotor 18-1-2025 12:42 AM
vespa_oren replied at 17-1-2025 03:30 PM
Sangat legend dia, pernah dia muncul balik pas hilang seketika tapi dgn lebih beradab, tapi rasa a ...

Dia sendiri yg menggelarkan dirinya legend... bukan porumer.
Quote Rogue98 18-1-2025 01:47 AM
Specs camner pun sekali banjir habis rosak....
Quote ultra78 18-1-2025 08:20 AM
Orang komplen enjin bising dan rasa bergegar. Tak dapat nak elak sebab guna enjin 3 silinder. Even kereta BMW enjin 3 silinder pun bising jugak tapi biasanya kita tak dengar ramai orang komplen. Tapi bila nama proton aje semua orang join mengutuk.

Kenapa semua manufacturer beralih ke enjin 3 silinder? Sebab nak meet emission standard. Utk tambah power masukkan turbo. Untuk jimatkan minyak mereka switch dari port injection kepada direct inject. Bila tambah 2 benda ni ada kelebihan dan kekurangan dia. Pendek kata jangan culas dan berkira waktu servis kereta.

Proton sudah stop development enjin campro. Tiada lagi improvement. Enjin 1.3 dan 1.6 adalah enjin lama campro. Enjin baru adalah 1.5 - 3 silinder.
Quote Samerosie 18-1-2025 09:36 AM
black_handbag replied at 17-1-2025 11:08 AM
sikit lagi topup boleh dpt hrv baru.. baik angkat hrv baru tu terus

Hari tu nampak otr WRV pula.  Tapi design keta semua sama je sekarang mula2 ingat BYD.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.041807 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top