CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdepan kesukaran, True Air ambil keputusan 'tutup kedai'

17-1-2025 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7943| Komen: 7

 


KUALA LUMPUR: True Air Sdn Bhd menamatkan operasinya selepas membuat pertimbangan teliti terhadap pelbagai faktor, termasuk cabaran dalam persekitaran kawal selia, kekangan operasi dan landskap penerbangan.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan yang dahulunya dikenali SKS Airways Sdn Bhd, berkata antara faktor yang diambil kira adalah kesedaran bahawa operasi penerbangan antara pulau menggunakan pesawat Twin Otter tanpa geran kerajaan bukanlah model perniagaan yang mampan.

"Pengendalian pesawat jet sebagai syarikat penerbangan permulaan juga terbukti mencabar, yang seterusnya menyumbang kepada keputusan sukar ini," katanya.

Sejak penubuhannya, True Air berkata, ia komited untuk menyediakan perkhidmatan perjalanan udara yang selamat dan boleh dipercayai, dengan usaha untuk menyumbang secara bermakna kepada sektor penerbangan Malaysia.

"Namun begitu, perubahan keadaan dan kerumitan industri telah memberikan cabaran yang menjadikan operasi syarikat tidak dapat diteruskan," katanya.

Menurut kenyataan itu, selaras dengan nilai integriti dan tanggungjawab True Air, syarikat itu akan memastikan proses penutupan operasi dijalankan secara teratur.

"Kami komited untuk memenuhi semua tanggungjawab, memastikan semua komitmen kewangan yang tertunggak dilunaskan sepenuhnya, dan tidak meninggalkan sebarang hutang.

"Kami ingin mengucapkan penghargaan yang mendalam kepada pekerja, pelanggan, rakan kongsi dan badan pengawal selia, khususnya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), atas bimbingan dan kerjasama mereka sepanjang operasi kami.

"Walaupun ini menandakan berakhirnya operasi True Air, kami tetap berbangga dengan sumbangan kami dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan selama bertahun-tahun. Kami berharap dapat terus menyokong ekosistem penerbangan Malaysia dalam kapasiti lain pada masa akan datang," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gold_teeth 17-1-2025 12:50 PM
Terbang dari and ke mana airlines ni
Quote green~tea 17-1-2025 04:04 PM
Edited by green~tea at 17-1-2025 04:06 PM
gold_teeth replied at 17-1-2025 12:50 PM
Terbang dari and ke mana airlines ni


Subang - Pangkor...  tioman... redang....

Asal Jaybeee..



Quote Decaffeinated 17-1-2025 04:50 PM
Aku pilih naik boat. Biar lambat asal selamat, gitu.
Quote Sazreena 17-1-2025 06:17 PM
Know know bungkus...
Quote arareez 17-1-2025 07:40 PM
Kisahnya tak dapat investor
Quote Radzor 17-1-2025 07:43 PM
+2
SKS Airways, a Malaysian airline, planned to buy Embraer E195-E2 jets to expand its operations. However, the airline's plans were delayed and eventually canceled.
Why did SKS Airways' jet plans fail?
Insufficient landing slots
SKS Airways was unable to secure enough landing and take-off slots at Subang Airport.
Financial issues
SKS Airways faced financial challenges, including a widening net loss in 2023.
Currency fluctuations
SKS Airways received income in ringgit, while most of its operational expenses were in US dollars.

26 May 2023 — Malaysia's regional carrier SKS Airways has committed to leasing 10 Embraer E195-E2 single-aisle jets (the star)

23 Nov 2023 — The reason for the delay is not because of funding, but instead due to supply chain constraints at the aircraft manufacturer's side. (malay mail)

Quote nusaraya 17-1-2025 08:13 PM
Edited by nusaraya at 17-1-2025 08:18 PM

Aneh  .. Mengapa airline mii syarikat melayu ini bisa bangkrut hanya   dalam waktu 3 tahun sejak mulai beroperasi ?

Mengapa X menggunakan fasilitas status "keistimewaan"  bangsa melayu dengan cara meminta bantuan subsidi  kepada  pihak kerajaan .... bukankah kebangkrutan True Air ini juga akanmemberikan dampak 'menurunan kepercayaan publik dan dunia"  kepada "Kebesaran dan kehebatan" bangsa melayu dalam semua hal dan urusan  yang selama ini selau dipropagandakan ke mana-mana ....

Ayo bantu mereka sesama bangsa melayu mahawangsa penguat kuasa alama melayu dan alam semsta agar nama melayu tetap "dihormati dan disanjung-sanjung" di seluruh dunia sebagai "legenda"  bangsa yang "maha hebat, maha besar dan maha mulia" itu


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.032499 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top