CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan tampar petugas Puspakom sebab gagal ujian brek

20-1-2025 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8873| Komen: 5|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-19 130154.png


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak menampar petugas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) gara-gara kenderaan perdagangannya gagal dalam ujian brek ketika pemeriksaan berkala.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mahmood Razak Bahman berkata, punca kejadian itu didapati hasil daripada siasatan dalaman yang dilaksanakan oleh pihaknya.

“Kegagalan itu mendorong suspek bersemuka dengan pemeriksa kenderaan Puspakom yang terlibat lalu menyerang petugas tersebut secara tiba-tiba,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Mahmood berkata, kegagalan dalam ujian pemeriksaan berkala adalah petunjuk bahawa kenderaan tersebut tidak selamat digunakan di atas jalan raya.

“Sepatutnya pelanggan menerima keputusan pemeriksaan dan segera membaiki kenderaan demi keselamatan mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, bukannya bertindak agresif menyerang kakitangan kami,” ujarnya.



Justeru, beliau menegaskan, sebarang bentuk keganasan kepada kakitangan Puspakom akibat kegagalan dalam pemeriksaan tidak boleh diterima sama sekali.

“Keselamatan di tempat kerja bagi kakitangan adalah keutamaan kami dan kami komited untuk menguatkuasakan dasar ini tanpa pengecualian.

“Puspakom tidak akan bertoleransi atas kelakuan sebegini dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan pelaku menerima akibat yang setimpal,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mahmood turut memberi pujian kepada kakitangan tersebut yang menunjukkan sikap profesional dengan tidak membalas serangan.

“Saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada sifat sabar yang ditunjukkan oleh kakitangan tersebut. Ini adalah selaras dengan nilai-nilai Puspakom yang mengutamakan pelanggan,” tambahnya.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki mengasari petugas Puspokom dengan bertindak menamparnya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan video tersebut kira-kira pukul 3 petang menerusi satu pautan di aplikasi X.

Sumber : Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 19-1-2025 02:34 PM
Tamparan tu mesti ada sebab tersembunyi ni.
Quote Dovahkiin 19-1-2025 05:04 PM
Ke drama je? Konon nak bersihkan nama puspakom.

- dari sisi gelap hati hitamku.
Quote kemaruk 19-1-2025 05:06 PM
Oku jugak ke
Quote Triple_8 19-1-2025 06:12 PM
kemaruk replied at 19-1-2025 05:06 PM
Oku jugak ke

Saya caya oku. Tunggu dan lihat.
Quote TeropongThaico 19-1-2025 06:44 PM
Ada isu tersembunyi ke? Selama ni elok lulus je tiba2 kali ni gagal pulak ek

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.154460 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top