CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Sudah 2 minggu mama pergi, adik asyik menangis

20-1-2025 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18817| Komen: 4

 


PETALING JAYA – “Adik dah mula tak mahu duduk sangat. Asyik menangis, serba tak kena. Papa tahu adik rindu mama.”

Itulah luahan suami kepada Allahyarham Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira iaitu Amirul Nafis Amirnuddin yang perlu menjaga anak sulung mereka seorang diri selepas isteri tercinta meninggal dunia ketika dalam pelukannya pada 6 Januari lalu.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Amirul Nafis, dia memaklumkan setiap kenangan bersama Allahyarham akan sentiasa dikongsikan di media sosial supaya suatu hari nanti ia menjadi tempat untuk melihat semula segala memori yang ada.

“Papa masukkan dalam hantaran ini, supaya nanti adik besar dia boleh tengok. Inilah seorang mama adik yang suka jalan dengan papa, yang selalu ada dekat mana dengan papa.

“Yang paling kuat makan tetapi tetap kurus. Lillah, mama dalam ingatan papa dan sekeluarga,” katanya.


Terdahulu, Amirul Nafis meluahkan kesedihan apabila isteri tercinta ‘pergi’ dalam keadaan tidur selepas menyusukan anak, Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis, 2 bulan.

Kata Amirul Nafis, dia reda dengan pemergian Nur Izzaty walaupun perit menerima kenyataan bahawa isteri kini tiada lagi di sisi.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan Sri Wahyuni Rahman, ibu kepada arwah Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan, menyentuh hati ramai apabila memberikan susu simpanan arwah anaknya kepada Muhammad Faleeq.

Wahyuni, yang baru kehilangan anak bongsunya berusia empat bulan selepas maut di sebuah taska tanpa lesen baru-baru uni turut mendoakan agar Muhammad Faleeq. membesar menjadi anak yang soleh.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote forum5290 20-1-2025 11:11 PM
Arwah Masih dlm pantang la kan....
Meninggal sbb apa? pulmonary embolism ke?
Quote PULANGKAN 21-1-2025 03:12 AM
Allahu.. banjir nangis pagi2 camni
Quote Lolalala 21-1-2025 07:03 AM
Haritu baca mak arwah budak yg meninggal dekat taska tu bagi susu dekat baby ni kan. Sedihnyaa bayang kerinduan baby ni. Gelisah je dia x jumpa bau mak dia
Quote Supersirap 21-1-2025 08:49 AM
Semoga tabah keluarga ini dalam mengharungi liku-liku kehidupan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 1.263499 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top