CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebenaran akan muncul tidak lama lagi, Polis ambil keterangan guru pukul kanak-kanak prasekolah

20-1-2025 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22778| Komen: 1

 


IPOH – Polis telah mengambil keterangan guru wanita yang didakwa memukul seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hingga cedera dalam kejadian di sebuah prasekolah di Jelapang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, guru berusia lewat 30-an itu dipanggil sebanyak tiga kali untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Sebanyak tiga laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa anak lelakinya dicederakan oleh seorang guru. Ekoran laporan tersebut, guru terbabit dipanggil untuk dirakam percakapan.

“Selain guru berkenaan, kita turut memanggil guru kelas lain untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abang Zainal, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.


Katanya, kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada pihak pendakwaan negeri untuk tindakan dan arahan selanjutnya.

“Pihak polis menerima laporan dibuat ibu mangsa pada 14 Disember lalu dan wanita itu mendakwa terdapat kesan biru pada tapak tangan mangsa dipercayai akibat dipukul.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan mengalami kecederaan tisu lembut pada kedua-dua tapak tangan tanpa lebam,” katanya. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 21-1-2025 08:07 AM
Ishhh terkezut SG. Muka mak nya mcm datin isma sungguh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077664 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top