CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KK bukan tempat tunjuk ‘sweet’! Suami teman isteri hamil check-up diminta guna otak, jangan sampai dianggap menyemak

21-1-2025 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11493| Komen: 8|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-21 102908.png


SALAH satu perkara wajib dilakukan oleh wanita hamil adalah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala atau pemeriksaan antenatal.

Mana-mana wanita pasti gembira apabila suami sudi menemankan mereka ke klinik atau hospital setiap kali melakukan rutin wajib itu setiap bulan.

Namun kadang-kala tanpa disedari ada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai 'common sense' sehingga mengundang rasa kurang senang individu lain.

Seorang pelayar tampil membuat teguran di media sosial memandangkan dirinya sendiri pernah berdepan situasi sama.

"Cuma nak beritahu perkara common sense yang patut suami-suami yang sweet follow isteri check-up dekat klinik kesihatan.

"Kalau waktu tengah pack, tolong berikan seat kepada ibu-ibu yang mengandung. Jangan duduk macam tak ada perasaan. Menyemak!" tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Tambah pelayar tersebut, tidak salah untuk golongan suami menunjukkan keprihatinan terhadap isteri masing-masing, namun sewajarnya mereka juga menunjukkan sikap peka terhadap situasi sekeliling.

"Kadang-kadang Unit Kesihatan Keluarga (MCH) penuh dengan bapa-bapa yang mithali tapi macam tak ada otak," luahnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang ratusan komen netizen, malah rata-ratanya turut bersetuju dengan tindakan pelayar tersebut menyuarakan teguran agar golongan suami lebih mengutamakan keselesaan dan kebajikan orang lain.

"Bagi peluang dekat ibu mengandung, berpantang dan ibu ada anak kecil duduk."

"Tahulah wife awak-awak tu tengah pregnant. Tak payah nak lovey dovey dekat dalam KK (klinik kesihatan). Duduk bersebelahan sambil berpegang berpimpin tangan.

"Yang bini pun otak hilang juga. Boleh suruh suami duduk tempat lain tapi masih nak menyemak. Dekat KK tu ibu-ibu yang nak menyusu badan anak pun tak selesa. Kita pula kena fikir keadaan sekeliling.

"Ada tu pernah terjumpa ibu dalam pantang baru berapa hari kena tunggu giliran sambil berdiri. Yang bapa-bapa acah sweet ni geram pula menengoknya. Macam tak ada perasaan," demikian antara komen netizen.

Screenshot 2025-01-21 103012.png


Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan supaya pihak fasiliti kesihatan turut mengambil peranan dengan membuat rondaan atau meletakkan notis untuk memberi 'peringatan mesra' kepada golongan suami.

"Kalau tempat saya, nurse ada mic besar. Kalau tempat duduk dah penuh, nurse suruh peneman tunggu luar.

"Dekat tempat saya, sister (baju biru) akan tegur bapa-bapa ni suruh tunggu dekat luar. Bagi peluang dekat ibu mengandung, berpantang dan ibu ada anak kecil duduk. Diaorang tak nak apa-apa jadi dekat ibu-ibu. Bahaya berdiri lama-lama," komen netizen.

Sumber  – mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 21-1-2025 12:32 PM
iols rasa kena bg bab tegur2 tu kat pakcik guard kot. kang kalau ibu2 or org yg ngandung tu yg tegur sendiri, takut jd scene kat KK plak. x semua lelaki tu penyabar.
Quote bbalik 21-1-2025 01:11 PM
moga baka bod*h tu tamat kat bapak baby tu je
jgn jd saka ke anak2
Quote xtinkerbellx 21-1-2025 03:09 PM
Biasa kat tempat iols nurse2 yg tolong tegur, setiap kali iols check up setiap kali tu la nampak nurse tegur husband2 yg duduk sampai ada pregnant ladies kena berdiri. Masih ramai yg xde common sense
Quote talapia 21-1-2025 03:35 PM
pernah je laki aku mintak directly kat sorang brader ni lek2 duduk mengangkang main phone. bini dia preggy kt sebelah.. aku masa tu datang check kuning baby dalam pantang. Seat memang dah sesak.. kalau ada kosong pon nuuuun jauh di tengah2.. susah nk masuk dgn berjalan selow2 bagai.

Laki aku mintak baik2 la.. bagi aku duduk. Mamat tu pon bangun sambil sengih2 je. Pastu both of the laki.. laki aku n laki tadi tu berdiri la berjoget2 menunggu turn sambil main henpon. haha
Quote TabletSusu 21-1-2025 03:48 PM
para bapa patut xyah bagi masuk langsungkat ruang menunggu tu.. suruh tgu kat luar and jaga anak2 lain. ni biasa sgt aku jumpa..
1. mak yg tgh membuyong tu jgklah heret anak2 kecik msuk dlm
2. mak membuyong n pak msuk dgn anak2 jgk, tp mak jgk yg jaga anak
Quote ninja boy 21-1-2025 04:59 PM
Lelaki masuk klinik nak tgk perempuan boyot yg lain fetish gitu
Quote renko 21-1-2025 05:05 PM
banyak kali tgk pukimak2 cmni
dia plak yg melebih2 kalahkan mak2 ngandung n pantang
padahal sekor2 badan tertonggong mcm babi tenuk
nak gak menyemak duduk kt situ pastu buat buta lak xbg org memerlukan
Quote Skuau 21-1-2025 07:54 PM
Ala..suami orang jer tableh..abeh..suami bangla dia tu mengangkang...takpe..pulok....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.184921 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top