CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua anak Tun Mahathir isytihar harta cecah RM1 bilion - SPRM

21-1-2025 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30995| Komen: 40|Original author: Abahmung


 


Putrajaya: Dua anak bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, kedua individu berkenaan sudah memenuhi permintaan pihaknya untuk mengisytiharkan aset termasuk saham dan sebagainya.

"Saya berpuas hati dengan keputusan itu, berhubung Tan Sri Mokhzani yang jumlah aset keseluruhan RM1 bilion, (antaranya) aset peribadi RM360 juta, selain itu ada beberapa aset, pegangan saham dan liabiliti yang mereka tanggung.

"Begitu juga dengan Mirzan yang keseluruhannya (aset diisytihar) RM246.2 juta (membabitkan) nilai peribadi RM120 juta ditolak daripada aset keseluruhan berkaitan saham, aset lain dan liabiliti mereka. Siasatan ini masih diteruskan," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, dilaporkan SPRM memanggil kedua anak kepada bekas Perdana Menteri terbabit bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM sudah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora, juga Kertas Panama.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dauswq 21-1-2025 06:54 PM
alhamdulillah, kan senang isytihar awal2
boleh masuk forbes list
Quote dua_chzy 21-1-2025 07:17 PM
Ha kau boleh la masuk list top 10 Melayu paling kaya tahanair.  
Quote Skuau 21-1-2025 07:57 PM
camna ni..2 orng Melayu jer  ke yg rajin kt Msia ni...yg lain tu... pemalas???????
Quote axl_bach 21-1-2025 08:01 PM
Kekayaan keluarga Tua kutuk ni mungkin salah dari segi moral, tp dari segi perundangan susah nk kata salah....

Melainkan dpt dibuktikan yg semua projek, kontrak, dan tender yg diperoleh mmg diberikan secara langsung oleh Tua kutuk tu sendiri....
Quote blue_blur 21-1-2025 09:39 PM
tau da pun... semua top2 yang kaya raya dari keturunan polishitians..
Quote AbukRokok 21-1-2025 09:43 PM
anak 2 atok mmg pandai genius berniaga
bukan level korang bukan restoran tepi jalan
Quote missnina 21-1-2025 09:54 PM
???? wow, kerlass
Quote Orix 21-1-2025 09:56 PM
so ???? salah ke deyols kaya ??? kena jd miskin ke
Quote Radzor 21-1-2025 09:58 PM
bang non bila nak declare?
PM Anwar ranked 17th among 18 richest world leaders
Quote Decaffeinated 21-1-2025 10:03 PM
Cina pun tak respek kalau ada Melayu kaya sebab bapa PM. Ko cakap lah ko bijak meniaga macam mana pun.
Quote Decaffeinated 21-1-2025 10:06 PM
Orix replied at 21-1-2025 09:56 PM
so ???? salah ke deyols kaya ??? kena jd miskin ke

Salah sebab berkuasa dahulu baru kaya. Kalau kaya dulu baru berkuasa macam Donald Trump ok tak salah.
Quote Orix 21-1-2025 10:17 PM
Decaffeinated replied at 21-1-2025 10:06 PM
Salah sebab berkuasa dahulu baru kaya. Kalau kaya dulu baru berkuasa macam Donald Trump ok tak sal ...

gittuhhh... sejak bila pulak la 2 org tu berkuasa, msuk politik pun tak... yg berkuasa tu pn sekejap n setakat MB mukhriz... kalau apak bg tender atau job, prove it la... setakat cakap2 vavi pun boleh terbang
Quote cm_vungtau 21-1-2025 10:27 PM
Wah level2 Jensen Huang Malaysia cuma taktau apa produk mereka
Quote cm_vungtau 21-1-2025 10:29 PM
Anak atuk rilek aje berniaga takyah ada produk pecah kepala bagai. Boleh bukak kelas berniaga untuk rakyat marhaen
Quote manop 21-1-2025 11:13 PM
Keterunan Saka Kerala memang rajin2 belaka.....
Quote highcastle 21-1-2025 11:30 PM
2 x 5 je orang² politik dan anak² orang politik. Bak kata Steve Harvey......
[youtube]JsNbT24UtCc[/youtube]





Quote axl_bach 21-1-2025 11:45 PM
Radzor replied at 21-1-2025 09:58 PM
bang non bila nak declare?
PM Anwar ranked 17th among 18 richest world leaders

Dgn nett worth USD2.4million??

Ranked 17th dlm pemimpin dunia??
Hahahaha..... Dgn nilai tu nk masuk top 100 dlm negara pun x lepas......
Quote MissYouSayang 22-1-2025 12:16 AM
Kesian walanon mengelupur tgk anak2 tun m x kena tangkap pon dgn sprm even harta berkepok2 ...siap dibuktikan bersih  lagi yachhh...walanon kekal dgn meskin n jeles tgk    family tun berjaya
Quote Nurdianah 22-1-2025 04:26 AM
Kuasa melayu terancam kew… anak2 daddy yg terancam….

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.062368 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top