Susulan dakwaan rumah tangganya dengan Ben Ali berantakan, pelakon Nadiyah Shahab mengakui turut berdepan pasang surut dalam perkahwinan seperti pasangan lain. Memetik Kosmo, Nadiyah bagaimanapun tidak mengiyakan spekulasi yang hangat diperkatakan serta mengatakan mereka akan tetap bersahabat baik walau apa pun terjadi. “Macam suami isteri lain, kami juga melalui fasa naik dan turun. Apa yang saya boleh cakap, kami akan sentiasa jadi sahabat baik selamanya. “Kita pun tak tahu jodoh itu bagaimana, tetapi Insya-Allah, kami berharap jodoh kami berpanjangan untuk selamanya,” katanya. Menurut Nadiyah lagi setakat ini mereka masih bersama-sama mengendalikan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 yang bakal diadakan pada 21 Mac depan. Dalam pada itu, Ben pula berkata hubungannya dengan Nadiyah baik-baik saja dan tiada apa yang perlu dibesarkan mana-mana pihak.
“Bukan perkara itu luar biasa bagi pasangan suami isteri untuk berbalah pandangan, tetapi sejak hidup bersama lebih enam tahun lalu setiap masalah kami cuba selesaikan sebaik mungkin. “Cuma apa yang membezakan antara kami adalah kerana kerjaya saya dan Nadiyah selaku anak seni. Mungkin itu yang mengakibatkan hal kami jadi tumpuan. Hakikatnya tiada apa-apa isu yang perlu diulas atau dibesarkan. Saya cuma boleh cakap kami baik-baik sahaja,” katanya.
|
sharlenetexas replied at 21-1-2025 11:39 PM
Muka sheols sebelum jadi barbie jauh lagi cantik.
SalenaGomez replied at 21-1-2025 11:16 PM
Sorry to say, muka skrg mcm katun. Sayang betul.
kuzaime replied at 22-1-2025 07:05 AM
Hidung n dagu dia skrg pelik
ADVERTISEMENT