CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Lagu raya sebahagian daripada hidup saya’ - Iman Troye

22-1-2025 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10435| Komen: 2

 


NAMA Iman Troye bukan lagi asing dalam persada seni tanah air, terutama dalam kelompok penyanyi generasi muda atau digelar sebagai Gen Z.

Mana tidaknya, setiap kali meluncurkan single baharu, pasti akan tular dan menjadi siulan anak muda termasuk kanak-kanak seperti Teman, Nang dan Harum Sundal Malam.

Lebih meledakkan namanya apabila lagu raya yang dilancarkan pada tahun 2023 iaitu Pejam Celik Raya turut mendunia dan menjadi kegilaan ramai sehingga hari ini.

Bukan mudah untuk sebuah lagu raya era baharu mencuri hati ramai tetapi Iman berjaya menepis pemikiran sebegitu dengan mudah.

Namun, lebih mengejutkan apabila Iman atau nama penuhnya Siti Nur Alyssa Sahabudin bakal muncul dengan sebuah album raya mini dalam tempoh terdekat.

Seorang penyanyi generasi muda tetapi berani mengambil risiko meluncurkan album raya, itu yang diakui oleh wanita berusia 22 tahun itu.


“Kalau orang tanya tentang album, memang ceritanya agak mengejutkan tahun ini. 

“Saya dimaklumkan akan melancarkan lagu raya tetapi tidak tahu pula akan mengeluarkan album raya.

“Album raya itu bukan mengandungi satu atau dua lagu tetapi lima buah lagu iaitu tiga lagu duet dan selebihnya secara solo,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Akui Iman, mencari material yang sesuai dan bagus untuk penghasilan lagu rayanya apatah lagi untuk mencari mood raya setiap kali merakam kesemua karya tersebut.


Semangat Iman untuk melancarkan album tersebut semakin membuak-buak selepas peminat kerap meminta lagu raya baharu.

“Sebelum ini motivasi untuk keluarkan album itu agak kurang mungkin sebab mood raya belum tiba lagi.

“Namun, selepas saya muncul dengan pelbagai konten TikTok dan sebagainya, ada yang komen dakwa bunyi saya nyanyi lagu lain macam mendendangkan lagu raya. 

“Jadi, dari situ saya sudah mula ambil mood dan kalau lagu sedap, insya-Allah orang akan dengar,” jelasnya

Dalam masa sama, anak kelahiran Selangor itu berdebar menantikan reaksi orang ramai selain mengakui meluncurkan sebuah album raya sangat berisiko sekiranya tidak mendapat sambutan.

“Ya agak mencabar dan sangat risau sebenarnya tetapi selepas difikirkan semula, itu hanya lagu raya, jadi enjoy sahajalah.

Risiko

“Kalau ada orang dengar, alhamdulillah dan kalau tiada, berseronok sahajalah sebab raya adalah hari meraikan kemenangan dan semua perlu gembira,” tuturnya.

Pelantun lagu Bunga Kemboja itu berharap orang ramai tidak meletakkan sebarang jangkaan yang tinggi terhadap album tersebut terutama selepas Pejam Celik Raya meledak sebelum ini.

“Memang agak ‘pressure’ kalau orang letak jangkaan tinggi untuk setiap lagu yang akan dilancarkan. 

“Apa pun, saya cuma fikir nak enjoy sahaja dan cuba untuk pikat hati orang. 

“Tolonglah suka walaupun tak suka,” selorohnya.

Iman menambah, lagu raya merupakan antara karya seni yang mampu melonjakkan adrenalinnya, terutama dalam melakukan kerja-kerja rumah

“‘Saya sukakan lagu raya. Kalau kemas rumah pun, saya akan dengar lagu raya untuk dapatkan mood gembira.

“Jadi, lagu raya adalah sebahagian daripada hidup saya,” ujarnya.


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-1-2025 09:51 AM
Tebalnya mekap ko dik...sampai hidung pun ada spot putih tu..
Quote makadek 22-1-2025 10:18 AM
dia ni salah sorang retis yg kita kena paksa minat dn suka hype teruk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.038584 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top