CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Suami sentiasa tunjukkan kelembutan dalam setiap hal’ - Atikah Suhaime

22-1-2025 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11301| Komen: 44

 


“Semakin hari, semakin cinta.”

Demikian kata-kata ‘bersemut’ daripada pelakon Datin Atikah Suhaime buat suami tersayang, Datuk Lokman Teh bersempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka, semalam.

Bersyukur dikurniakan suami cukup sempurna, Atikah Suhaime atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, berkata, kebertanggungjawaban dan kasih sayang dicurahkan suaminya membuatkannya terus dilamun cinta.

“Apabila saya disahkan hamil, saya takut kerana menganggap yang kita belum bersedia tetapi awak menyakinkan saya bahawa kita akan jadi ibu bapa sempurna.

“Awak sentiasa tunjukkan kelembutan dalam setiap hal. Semakin hari, semakin jatuh cinta. Awak tunjukkan kalau kita menangis tak semestinya kita lemah.

“Terima kasih kerana menjadi suami paling sempurna dalam dunia saya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama,” katanya dalam hantaran Instagram.


Pada masa sama, pelakon asal Singapura itu bersyukur ahli perniagaan itu turut mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapanya.

Bahkan kata Atikah, Lokman melayaninya dengan baik selain berbangga memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada orang ramai.

“Kepada suamiku, terima kasih kerana melindungi saya seperti abang saya menjaga saya. Terima kasih sebab sayang mama dan papa saya seperti mana saya menyayangi kedua ibu bapa awak.

“Terima kasih kerana sering membawa saya ke mana sahaja dan perkenalkan saya sebagai isteri dengan bangganya kepada semua.

“Terima kasih sentiasa mengajar saya rasa syukur. Meskipun awak tidak sempurna di mata orang tetapi untuk saya awak adalah suami sempurna yang Allah berikan kepada saya,” jelas pelakon filem Lagenda Budak Hostel itu.


Atikah dan Lokman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif produk tempatan terkemuka, Zaitun mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 22-1-2025 10:09 AM
Tahniah..semoga sentiasa bahagia..dia ni ibarat menang jackpot la..dpt family kaya..tp tgk cara dia bawak diri dlm industri dulu dia diam2 aja...tak de pun dgr dia cari gaduh dgn org .pehtu pas kawen..nmpak pandai ambil hati keluarga mertua..rajin buat live promote zaitun..rajin plak la masak2 almost every day..buat nasi lemak pagi2 bwk opis.. kalo aku beli je haha
Quote jiwakacau06 22-1-2025 10:11 AM
klau xtau nk masak apa...scroll je tt tika...kutip idea menu ....simple2 je resepi dia
Quote jelitayu 22-1-2025 10:17 AM
tahniah...semoga sama2 bahagia hingga jannah.
Quote nisako 22-1-2025 10:18 AM
amboi
Quote royaldanish 22-1-2025 10:27 AM
iols layan TT dia makan
Quote tri-max 22-1-2025 10:33 AM
dia sejenis buat hal sendiri, tak kacau org n low profile
part yg dia cakap husband nya bangga bagitaw semua org yg dia isteri , mmg touching sikit la
mengenangkan sejarah lama dia....
Quote anakpakmaun 22-1-2025 10:40 AM
suka atikah ni..manis
Quote chandrahusin 22-1-2025 10:45 AM
Atikah ni mmg comel betul
dia sama modest mcm Masha Milan
dpat laki kaya tp relax je
Quote gorjeous 22-1-2025 11:08 AM
Makin comel dia ni..
Quote tobobon 22-1-2025 11:17 AM
bambimo replied at 22-1-2025 10:09 AM
Tahniah..semoga sentiasa bahagia..dia ni ibarat menang jackpot la..dpt family kaya..tp tgk cara dia  ...

kan..sheols one of the reason 'revival' produk zaitun sampai nak beli pun dah sold out......
Quote slyfynx 22-1-2025 11:21 AM
Bijik ape perkataan BERSEMUT ni
Dah mcm org bodoh menulis
Quote melinda_kerr 22-1-2025 11:31 AM
tgk laki die teringat zaman die becinta dgn sepupu lopa tu.. gila sosial. alhamdulillah dua2 dah berubah.
Quote ayukpingu 22-1-2025 11:35 AM
gender reveal pun buat between of them aje.
tak over mcm sesetengah artis sendu, invite sekampung, baloon everywhere . so lame
Quote likilu 22-1-2025 12:34 PM
Classic sgt nama atikah kawen dgn lokman, dapat anak nama farah atau farid
Quote cahayamataku 22-1-2025 12:44 PM
bambimo replied at 22-1-2025 10:09 AM
Tahniah..semoga sentiasa bahagia..dia ni ibarat menang jackpot la..dpt family kaya..tp tgk cara dia  ...

Kan she rajin kan masak. Masak pula untuk 9-10org setiap hari. Tapi takpe kalau ada helper yang sediakan bahan, basuh lepas masak semua tu.
Quote lolipopmanish 22-1-2025 12:50 PM
iols suka tgk time dia masak & makan
Quote jlo 22-1-2025 01:01 PM
time dia masak tu ngan moncong nye ..suka je tengok
tahniah tika..moga jannah bersama suami
Quote TomyamPuteh 22-1-2025 01:14 PM
Duit bertambah cinta pun bertambah.
Duit berkurang laki pon ko terajang.
Quote Nocturna 22-1-2025 01:33 PM
Bukan ke dia ni pernah ada video threesome dgn 2 pelakon lelaki?

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.135285 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top