CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tol percuma tidak selesai kesesakan musim perayaan – Ahmad Zahid

22-1-2025 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10775| Komen: 32|Original author: Raline


zahid-tol-1536x1036.jpeg


PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pemberian tol percuma di lebuh raya yang mempunyai tol setiap kali musim perayaan tidak membantu menyelesaikan isu kesesakan.

Susulan itu, katanya, rakyat sendiri perlu mengubah gelagat dan merancang perjalanan terutama setiap kali musim perayaan bagi megelak kesesakan.

“Ketika ini, jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol adalah sekitar RM35 juta sehari.

“Walaupun ianya tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung, tetapi konsesi itu terpaksa dipanjangkan.

“Malah, ini (pemberian tol percuma) tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 2024, di sini hari ini.

Katanya, keputusan untuk tidak lagi meneruskan pemberian tol percuma itu adalah keputusan Jumlah Menteri berdasarkan saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap rakyat dapat menjadualkan dan menyesuaikan sendiri perjalanan ketika pulang ke kampung dan kembali ke rumah masing-masing.

“Kita mesti menukar pemikiran daripada memperolehi diskaun ataupun diberikan tol percuma itu sebagai hadiah.

“Tetapi apabila tidak ada hadiah, kita mesti menukar cara kita berkenderaan (merancang) apabila tiba musim-musim perayaan,” katanya.

Sebelum ini, Alexander dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini.

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 22-1-2025 10:27 AM
bagus idea ni. sebab kalau semua benda percuma mcmana rakyat nak jadi cerdik.  
Quote Azharitubunga 22-1-2025 10:36 AM
Tahniah kerajaan PMX kerana telah menunaikan janji untuk memansuhkan tol... Percuma
Quote supernaturalee 22-1-2025 10:58 AM
gituuu
bila bagi dikatanya dpt mengurangkan beban rakyat
especially during perayaan
bila tak bagi kata gini pulak

Quote talapia 22-1-2025 11:13 AM
memang pon.. kalau dikata pemberian tol percuma tu inisiatif nak kurangkan sesak masa musim perayaan.. hmm... mmg tak beri effect pon. Bukan orang kejar sangat pon toll free tu. Yang dia kejar is cuti...

kalau dah cutinya 4 hari.. mmg berpusu la orang balik
Quote pisanggoreng 22-1-2025 11:22 AM
giphy.gif
Quote sayawifenikmie 22-1-2025 11:40 AM
oooo ...... ingatkan toll percuma setiap perayaan utama tu sebagai "hadiah" untuk rakyat sempena perayaan ....
Quote seri_mawr 22-1-2025 02:01 PM
bukan ke tol percuma tu tuk sebagai hadiah tuk rakyat ke....?
tol free bukan tujuan kurangkan kesesakan....klu nak kurang kan sesak x yah tol langsung rasanya.....terusss je drive sepanjang highway... xde stop2 nak bayar tol..
Quote SalenaGomez 22-1-2025 03:05 PM
Ok, dah boleh anggap mmg xde tol free ini kalilahhh
Quote Buritan 22-1-2025 03:36 PM
Org politaikk.. idea menipu brcmbh sentiasa..
Quote Rogue98 22-1-2025 03:44 PM
So kira kerajaan buruk siku lah... dah bagi ambik balik....
Quote Skuau 22-1-2025 03:46 PM
TOL (PERCUMA) SUDAH DIHAPUSKAN...yey!yey!
Quote najib888 22-1-2025 04:49 PM
Jadi, jika jalan ber-tol boleh selesaikan masalah kesesakan musim perayaan ke cm ne?
Quote Samerosie 22-1-2025 06:14 PM
Bodoh kan memang toll ni dulu effective la tak jem sebab orang tak nak bayar sekarang sampai je tol salak south bayar tol terus jem, sampai je tol jalan duta bayar je tol terus jem.  kalau tak nak jem, baiki la public transportation connectivity.  tak kisah la kawasan middle class ke apa at least bus pun stay on time.  bukan satu bus satu jam.  tu sebab orang lagi suka drive sendiri.
Quote grouper 22-1-2025 06:39 PM
Klau kata gomen nak save duit dari bagi free tol org x heran pun sebab mcm2 subsidi dah tarik tapi jgn bagi alasan bodoh camtu..
Quote kemaruk 22-1-2025 06:46 PM
Cukup ketua....

Kami malu!
Quote MissYouSayang 22-1-2025 07:39 PM
Beban org tua ni... Blh plak zmn madanon dilantik nya wak bngsat 47kes ni jadi tpm...kate reformbasiii..x pernah dibuat org kerajaan2 sebelum ni
Quote swimswim 22-1-2025 07:47 PM
Tau pun tak selesai masalh. Dah tu siapa yg offer tol free at the first place.

Quote Decaffeinated 22-1-2025 08:33 PM
Siapa pulak yang kata tol percuma boleh atasi jam, ko ka wak? Rakyat still kena swipe card.

Wartawan Malaysia ni terlalu polite untuk tembak balik alasan bodoh macam mana pun tadah ja sampai pemimpin konfiden orang percaya.
Quote Decaffeinated 22-1-2025 08:35 PM
najib888 replied at 22-1-2025 04:49 PM
Jadi, jika jalan ber-tol boleh selesaikan masalah kesesakan musim perayaan ke cm ne?

Boleh. Caj sampai tinggal spender nescaya kosong ja highway.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.161344 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top