CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Perceraian ini takdir, pasti ada hikmah’ - Cik Epal

22-1-2025 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27468| Komen: 19

 

Berdamai dengan takdir, pempengaruh sensasi Cik Epal berharap golongan wanita yang senasib dengannya berlapang dada apabila berdepan isu rumah tangga.

Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkata, setiap dugaan datang dalam kehidupan menjadi pengajaran yang mempunyai hikmah besar.


“Saya anggap perceraian ini takdir untuk saya ambil benda yang positif sahaja kerana saya pasti segala yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya.

“Saya pun doa agar perkara ini akan berakhir dengan cepat selain enggan memanjangkan lagi hal ini. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

“Kita berdamailah dengan takdir, bersyukur dengan apa yang terjadi sebab saya rasa semua yang terjadi dalam hidup kita ini pasti ada hikmahnya,” katanya selepas majlis pengumuman duta Jakel Raya di Jakel Mall, baru-baru ini.

Pada masa sama, ibu tunggal anak dua itu turut menzahirkan kesyukuran dengan sokongan pelbagai pihak selepas perceraiannya dengan bekas suami juga usahawan piza terkenal, Jofliam, tular dalam media sosial.

Begitupun, Cik Epal mengakui dia bersuara dalam media sosial sebelum ini disebabkan mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian.

“Saya sangat hargai setiap kata-kata positif yang diberikan kepada saya. Terus-terang saya pun terkejut dengan sokongan ramai terhadap diri ini dan jadikan semua itu sebagai penguat semangat.

“Kalau ada yang kata saya kelihatan lantang bersuara di media sosial, apa yang saya boleh katakan, saya berani kerana benar. Jika kita di pihak yang betul, kita akan jadi berani,” ujarnya.

Menyentuh mengenai pembabitannya dengan jenama gedung pakaian itu, dia terharu apabila diberi peluang bergelar duta Jakel biarpun bukan berstatus artis.


“Saya sangat berbesar hati berterima kasih kepada orang kuat Jakel, Datuk Seri Feroz yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi duta.

Selain Cik Epal, duta jenama kempen raya 2025 Jakel yang lain ialah Elly Mazlein, Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad, Anzalna Nasir dan kumpulan Senario. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-1-2025 11:29 PM
Retis?


Quote mamajawie 23-1-2025 12:16 AM
retis ke pompuan ni?pastu ramai lak Tali barut dia kat socmed aku blok je even kawan aku sendiri..semak
Quote BlackpingU 23-1-2025 02:14 AM
Nak jadi penyanyi lah pulak

Sampah
Quote Kuin-Kepam 23-1-2025 02:23 AM
idong mikel jackson..shading tak beringat pecah lobang
Quote nonymous 23-1-2025 04:51 AM
retis ke, awat muka beza dengan dulu, muka dah nak sama dengan doktor erin yg pena kawen dai aura 19 (hasil google nak tau sapa nama lakibini yg kecoh aura 18,19)  
Quote felinecat 23-1-2025 05:14 AM
Nyampah aku, mendonia la ape la..paling bodo lg pengikut die, dh la b40, beria mengaku sanggup beli ape2 yg die jual walau xpakai, bodo pekat
Quote Carcosa 23-1-2025 05:20 AM
Eh babi, mampos kau lah. Penat lah, kalau tak engkau, cerita laki engkau. Annoying betul.
Quote miss_perfect 23-1-2025 07:32 AM
Dah banyak kali ex tulis nama dia Munirah pun reput masih tulis nama dia Murni. Bodoh ke apa.
Quote ketambangkang 23-1-2025 07:52 AM
nsb baik jakel ship kan bangtah ngn migha
Quote nisako 23-1-2025 08:04 AM
adui cukup2 le
Quote scarflicious 23-1-2025 08:07 AM
hikamhnya mendunia lah.
Quote L.U.S.M 23-1-2025 08:34 AM
Posing semua mcm "CACAT" xnmpk naturel,oh lupa mmg fake pun heshe ni..anggap hikmah dh tu yang ko memekak siap nk saman menyaman cerita 1dunia tu nape? Buat keje senyap2 je xboleh...nmpk sgt bitter sour grape loser
Quote ayukpingu 23-1-2025 08:34 AM
semlm tgk vtt dia promote pdt Jakel. alahai, kejung nya dgn ayat2 yang tergantung2.
dalam Ig bukan main lagi yer riak cakap berbaloi jakel bayar dia at least 200k. wakakaka
Quote cattiecute 23-1-2025 08:43 AM
sorry walaupun iols tak minat si sohai tu
tapi yang ni pun iols tak support juga
tambah2 kes dorang dua acah2 nak saman orang je kerjanya
ni kurma untuk korang dua.
Quote alaa 23-1-2025 09:31 AM
udah-udah laaaahhhhh.. move on aje laaa dua2
Quote gangerina 23-1-2025 09:34 AM
saleman jakel tunjuk baju dia kat kedai I terus buat2 tak dengar...kat video nampak lain ya, mcm make up pekat nak roboh...sapa la MUA ni...sian plak tgk...
Quote dekmieDandy 24-1-2025 09:35 AM
sama-sama naik, letih dah nak baca ig story memasing, terpaksa unfollow, walau dah bertahun jua aku follow ex-laki bini ni

tapi hidung dia tu, nampak bethol ye operatenyer, patut dulu ada sekejap tu lama dia menghilang tak post apa-apa, pastu tetiba hidung jadi mancung, kopek besar tembikai
Quote toynme 24-1-2025 11:49 AM
mamajawie replied at 23-1-2025 12:16 AM
retis ke pompuan ni?pastu ramai lak Tali barut dia kat socmed aku blok je even kawan aku sendiri..se ...

kat thread melambak org komen
ape takde keje ke dorang ni
heran aku

baca je sudah
kemain buat kronologi bagai
ntah pape
Quote mamajawie 24-1-2025 11:31 PM
toynme replied at 24-1-2025 03:49 AM
kat thread melambak org komen
ape takde keje ke dorang ni
heran aku

chuolllss tau takpe..taksub bebenor dengan belon ni kejap kembong kejap kurus pastu nak claim sheollss retis???spesis ngai

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.075943 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top