CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarah Suhairi gembira bergelar 'ibu segera', layan anak-anak tiri seperti kawan

24-1-2025 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5996| Komen: 12

 


Penyanyi Sarah Suhairi gembira bergelar 'ibu segera' kepada kepada tiga cahaya mata, iaitu hasil perkahwinan pertama suaminya, Aswad Anuar.

Sarah, 25, berkata kehadiran tiga anak perempuan tidak pernah mendatangkan masalah, sebaliknya seronok meluangkan masa bersama.

"Sememangnya selepas bergelar isteri, hidup saya agak sibuk berbanding sebelum ini. Saya masih dalam proses menyesuaikan diri.

"Anak-anak tiri tinggal bersama ibu mereka, tetapi cuti sekolah atau hujung minggu mereka datang tinggal bersama kami.

"Jujurnya, saya tak terbeban pun, ia lebih seperti hubungan kawan-kawan. Mereka selalu ikut saya keluar jumpa kawan-kawan. Mereka okay sahaja, Alhamdulillah," katanya yang ditemui pada sidang media lagu duetnya bersama Sufian Suhaimi berjudul Dengan Lafaznya di Rusa Cafe, di sini, petang semalam.


Bagaimanapun, pelantun lagu Sah ini tidak menafikan agak bimbang soal keserasian, tapi syukur anak-anaknya mudah mesra.

"Pada awalnya saya fikir bagaimana nak berinteraksi, ambil hati dan sesuaikan diri. Nak kata jarak usia jauh sangat, tak juga.

"Sebenarnya adik bongsu saya sebaya dengan anak sulung berusia 15 tahun.

Jadi, saya ingatkan kami akan kekok, tapi anak okay sahaja.

"Saya bertuah memiliki anak-anak tiri yang baik dan senang untuk diuruskan, terutamanya anak kedua. Dia selalu datang rumah sebab suka bermain dengan kucing," katanya.


Dalam pada itu, Sarah mengakui popularitinya agak perlahan selepas bergelar isteri dan kini sedang berusaha tampil dengan lagu-lagu yang boleh kembali popularitinya.

"Bagi saya, berkahwin bukanlah petanda sudah tidak laku dan tiada 'show'. Selepas berkahwin akan ada fasa perjalanan kerjaya agak perlahan, jadi saya kena cari jalan bagaimana nak naik semula.

"Karya dihasilkan juga perlu selari dengan status. Jadi, saya kena bekerja keras dan sangat berterima kasih kepada Rusa Music dan Warner Music yang sangat menyokong," katanya.

Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga dengan Aswad pada 26 Julai tahun lalu di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

Sebelum itu, Aswad yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pernah berkahwin, namun bercerai pada 2019. Hasil perkahwinan, Aswad dikurniakan tiga cahaya mata yang kini berusia 15, 12, dan 9 tahun.

Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-1-2025 06:07 PM
Laki kau ok so jaga la bebaik anak2 tiri tu.
Quote kaedahnya 25-1-2025 06:14 AM
Aswad ni umur berapa ada anak besar dah, 40+ ke? Hensem la jugak.
Quote TomyamPuteh 25-1-2025 06:43 AM
Ber mak tirikan retis. Blh selalu jumpa retis. Blh show off kt kengkawan. Mau nya tak cepat serasi.
Quote noor2 25-1-2025 07:09 AM
Ok je dgn lelaki yg dah ada anak..bukan susah nk ambil hati anak2 tiri..tambah2 kalau laki kita syg sgt kat kita
Quote noell 25-1-2025 08:16 AM
noor2 replied at 25-1-2025 07:09 AM
Ok je dgn lelaki yg dah ada anak..bukan susah nk ambil hati anak2 tiri..tambah2 kalau laki kita syg  ...

berpengalaman kah sis??

Quote sleepandream 25-1-2025 09:20 AM
silap2 anak tiri sheols lg tinggi dari sheols...
sheols ni soo semol yach....
Quote zuriey 25-1-2025 09:27 AM
Kalau tak ada yg jadi jarum menyucuk2 boleh je hidup aman2
Kalau ada jarum ko siap lah hari2 dia ckp mak tiri tak sama mak kandung.
Quote noor2 25-1-2025 10:34 AM
noell replied at 25-1-2025 08:16 AM
berpengalaman kah sis??

X de pengalaman cane nk tahu...
Quote Purplehaz 25-1-2025 07:05 PM
Biasalah.. tgok org kalau anak2 tiri kecil lg mmg sng nk blend together lg2 kalau mak dorang lepaskan x byk komplen.
Quote Acik2kepam 26-1-2025 03:02 PM
Dia tak nampak mcm mak tiri yang garang tp kalau mak tiri yg kena buli tu mungkin huhu
Quote ninja boy 26-1-2025 07:25 PM
Abisla kena buli anak tiri
Quote green~tea 27-1-2025 02:38 PM
Dia ni elpas kawen terus sendu ke.. syanag nya 1 lagu je femes... dia ada keje lain ke? Nyanyi ni utk hobi2 je ke

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055281 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top