CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Dedah Pernah Tolak Gelaran Datuk Lebih Sekali - Saya Lebih Gemar Dan Selesa Sebagai Shila Amzah Saja

25-1-2025 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4082| Komen: 9|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-24 185240.png


Penyanyi Shila Amzah mendedahkan pernah ditawaran gelaran Datuk beberapa kali namun terpaksa menolak secara baik.

Menerusi podcast Ubai Sentral, Shila berkata dia lebih selesa sebagai individu yang tidak mempunyai pangkat dan dia tidak mengejar gelaran.

“Saya rasa layak atau tidak itu adalah subjektif tapi kalau boleh, tak naklah. Saya pernah tolak tawaran beberapa kali sebab diberi (gelaran Datuk) akan ada yang ‘riki-riki’. Saya lebih gemar dan selesa sebagai Shila Amzah saja, selesa dengan apa yang saya ada sekarang.

“Orang nak bagi gelaran sedaya upaya saya elak. Bukan tak hargai cuma ini bukan yang saya kejar. Saya tak mahu ada jurang,” katanya.


Sementara itu, Shila sempat berseloroh dengan Ubai dengan mengatakan dia hanya menunggu gelaran datuk dan nenek selepas anak mereka berkahwin suatu hari nanti.

“Kalau awak (Ubai) diberikan gelaran Datuk pun saya tak nak sebab kalau saya betul kejar gelaran itu, baik saya kahwin dengan orang yang dah ada gelaran sebelum ini.

“Kalau betul nak gelaran, biarlah anak kita dah kahwin nanti dia yang bagi gelaran datuk dan nenek pada kita,” katanya.

Untuk rekod, Shila popular di China selepas memenangi pertandingan nyanyian realiti Asian Wave di Shanghai pada 2012.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 24-1-2025 08:37 PM
Ejen soltan mana yang offer ittuew wahai shilalat? Kena bayar tak?
Quote oggy 25-1-2025 08:29 PM
Bagi aku dia ni deserves jugak la kalau dapat gelaran pun, sebab pencapaian dia kat negara China.
Quote ekselen 25-1-2025 09:34 PM
oggy replied at 25-1-2025 08:29 PM
Bagi aku dia ni deserves jugak la kalau dapat gelaran pun, sebab pencapaian dia kat negara China.

yup betul... patut dia da dpt lama... byk dia dah achieve masa kt china... kt malaysia pun dia diiktiraf..
Quote Orix 25-1-2025 11:09 PM
KJ pn smpai skrg x accept kan ? Rafizi jah beriya
Quote doubleA 26-1-2025 10:17 AM
Dia taknak ubai jadi datin lettew
Quote Aribaariba 26-1-2025 02:39 PM
So make sense. Brani n ada talent utk bersaing di luar.
Yg x logik cam hans isaac, ifa raziah,, hattan. Derang tu dato kan?
Quote Aribaariba 26-1-2025 02:43 PM
Orix replied at 25-1-2025 11:09 PM
KJ pn smpai skrg x accept kan ? Rafizi jah beriya

Dia related to paklah pun dah cukup bertuah. Klu aku pun, i just need power n money. Gelaran bagai xyah.

PM britain, presiden US serta org2 hebat di dunia. lek2 je x hadap gelaran. Tp tu la, melayu mmg ditskdirkan sentiasa rasa rendah diri, nk kena ber gelaran baru le rasa hebat sgt.
Apa2pun, my parents are amazing
Quote nurul_akmar 26-1-2025 05:35 PM
Walaupun org annoyed dgn dia, tp mmg dia layak pon.. lebih layak dari retis2 lain yg tetibe dapat datuk.. mmg dia very talented pon.. x dinafikan.. byk kali je dia harumkan nama msia.. especially kat msia yg susah nk tembus tu
Quote lostnfaun 26-1-2025 05:41 PM
Orix: KJ pn smpai skrg x accept kan  ...


Piji sebab dah jadi kerajaan kalau tak memang tak merasa... Haha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.197376 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top