CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kononnya Nak Cari Ketenangan, Hafiz Suip Menyesal Padam Instagram Sudah Ada Lebih 800,000 Pengikut

25-1-2025 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4319| Komen: 12|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-24 184809.png


Penyanyi Hafiz Suip mengakui menyesal kerana terlalu mengikut perasaan sehingga memadam akaun Instagram pada pertengahan tahun lalu.

Memetik Kosmo, Hafiz berkata ketika itu dia selubungi amarah disebabkan masalah rumah tangga serta ketika itu sedang hangat kisah artis menyatakan sokongan terhadap Isr**l.

“Saya mengakui membuang akaun kerana marahkan keadaan ketika itu. Kebetulan pada masa sama sedang hangat kisah artis sokong Is***l.

“Jadi sudah alang-alang, saya buat keputusan untuk buang sahaja akaun Instagram saya kononnya mahu cari ketenangan.

“Tapi rupanya itu satu kesilapan besar kerana pada waktu itu sudah ada lebih 800,000 pengikut. Saya bercadang buka akauan baharu tetapi mungkin menggunakan nama syarikat,” katanya.

Sementara itu, Hafiz berkata masa ini dia menggunakan akaun  Facebook dan TikTok untuk berkongsikan mengenai perkembangan kerjaya seninya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata hatinya makin tenang selepas membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah.

“Saya buat keputusan pulang ke Kuching kerana terlalu banyak memori di sana selain dekatkan diri dengan orang tersayang terutama ibu yang sakit kencing manis dan terpaksa dipotong sebelah kakinya.

“Tapi lama-kelamaan saya fikir, kalau terus di sana saya takkan keluar daripada kesedihan. Jadi saya mula aktif menyanyi supaya tak terus larut dalam emosi.

“Pada masa sama saya juga kena selalu pulang ke Kuala Lumpur untuk jenguk anak-anak yang tinggal bersama isteri. Alhamdulillah saya bebas berjumpa anak-anak,” katanya.

Pada awal Januari, Hafiz akhirnya mengesahkan dia dan isterinya dalam proses bercerai serta sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 26-1-2025 03:42 AM
Okaylah bunyi dah ready nak move on. Mmg dulu nampak dia merana sgt sampaikan org ingat dia dadah. Bangkit balik Hafiz. Belum sampai kemuncak lagi karier engko. Masih diperlukan oleh industri. Jgn biarkan pondan pondan berleluasa.
Quote Zeelalala 26-1-2025 05:13 AM
Senang kerja wartawan ciduk habis cerita dia dalam interview di podcast di youtube.
Quote Zeelalala 26-1-2025 05:14 AM
[youtube]0N1xwGKrH3U?si=Q3vLm7hMzZwjv-Uv[/youtube]

Dan takde pula dia sebut amarah sebab masalah rumahtangga.
Quote sukacactus 26-1-2025 06:49 AM
Ooo…wife dia dok kl, lama betul la berpisah tempat tgl sebab dia blk kg tu dah lama dah
Quote PULANGKAN 26-1-2025 09:26 AM
ibu yang sakit kencing manis dan terpaksa dipotong sebelah kakinya.


iols faham. bertabahlah chuols
suara chuols pun sedap
btw, apa jadi kat bisnes sewa bot ke apentah haritu
Quote DeLuna85 26-1-2025 09:39 AM
Begitu eh lelaki kalau kecewa? Boleh saja kumpul semula followers.
Quote Acik2kepam 26-1-2025 02:54 PM
Dah kenapa sampai buang ig tu baik uninstall  je drpd tepon.
Haihhhh semudah tu jer ye
Segala kenangan tu buang gitu jelaaa
Quote exclusive_vvip 26-1-2025 05:22 PM
Bleh je deactivate dari gi buang permanently..ruginya la..sebut pasal deactivate ni, teringat plak YouTuber india yg glemer kejap tu smpi PM muhyiddin jumpa..I tgk YT dia last dia upload 3 tahun lepas..ruginya la..apa jadi dia skrg ek? ke ada channel lain? my nephew buat channel masak2 x seglemer aci Pavitra tu pun, tetiap bulan heols dpt 10k dari YT..
Quote SecretLuv 26-1-2025 09:02 PM
exclusive_vvip: Bleh je deactivate dari gi bua ...
Wow.. Banyak tu.. berapa followers baru boleh dapat duit sebanyak tu?
Quote exclusive_vvip 27-1-2025 05:36 PM
SecretLuv replied at 26-1-2025 09:02 PM
Wow.. Banyak tu.. berapa followers baru boleh dapat duit sebanyak tu?

followers dia dlm 2-300k kalu x silap..ada syarat utk boleh monetize tu..kena ada 1k subscribers & 4000 watch hours.. lepas tu bila dah layak monetize, YT akan bayar ikut views..anggaran setiap 1000 views dpt 16hinggit malaysia. so bila followers byk, chance utk dpt views byk tu tinggi..mcm Che Nom, I check kat Socialblade, sheols dpt almost USD15k sebulan..lebih 60k hinggit malaysia

Quote SecretLuv 28-1-2025 01:38 AM
exclusive_vvip replied at 27-1-2025 05:36 PM
followers dia dlm 2-300k kalu x silap..ada syarat utk boleh monetize tu..kena ada 1k subscribers & ...

Wow bestnya
Quote songket_merah 28-1-2025 10:09 AM
exclusive_vvip replied at 27-1-2025 05:36 PM
followers dia dlm 2-300k kalu x silap..ada syarat utk boleh monetize tu..kena ada 1k subscribers & ...

macam KAming tu dia major post dekat IG akan dapat duit tak mcm YT?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059502 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top