CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis jumpa dua gunung 100 kali lebih tinggi daripada Everest, dianggarkan berusia sekurang-kurangnya setengah bilion tahun

25-1-2025 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4144| Komen: 8|Original author: Raline

Viral-Gunung-1536x1024.jpg


AMSTERDAM – Dua gunung rahsia ditemui oleh sekumpulan saintis disahkan melebihi 100 kali ganda tinggi Gunung Everest di Nepal yang memiliki ketinggian 8,800 meter, lapor laman berita MailOnline kelmarin

Penemuan itu dibuat oleh kumpulan saintis Universiti Utrecht di Belanda.

Mereka berkata, dua gunung setinggi 1,000 kilometer itu terletak di sempadan di antara teras dengan lapisan mantel Bumi di bawah Benua Afrika dan Lautan Pasifik

Dua gunung itu dianggarkan berusia sekurang-kurangnya setengah bilion tahun dan dipercayai wujud selepas pembentukan Bumi, empat bilion tahun lalu.

Ketua kajian, Dr. Arwen Deuss berkata: “Tiada siapa yang tahu sama ada dua gunung ini hanya fenomena sementara atau jika ia telah wujud selama berjuta-juta atau mungkin berbilion-bilion tahun.”

Sebelum ini, saintis-saintis mengetahui bahawa terdapat struktur besar yang tersembunyi jauh di dalam mantel Bumi.

Maklumat itu diketahui mungkin kerana gelombang kejutan seismik yang berlaku akibat bencana gempa bumi yang kemudian merebak ke bahagian dalam planet ini. – AGENSI

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nadie90 26-1-2025 12:08 AM
Edited by nadie90 at 25-1-2025 04:12 PM

Maksudnya terletak di bawah kerak bumi...hrp ada gmbr la....mcm mana la rupa dia huhu
La brea is real
Quote babynina30 26-1-2025 09:57 AM
Antara teras dan mantel = kerak. Tp ia dikira sbg gunung .

Gunung merupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa kawasan di sekitarnya mendedahkan batuan dasar; sebuah gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit antara 300–600 meter dari aras laut.[1]

Tp gunung berapi bwh laut pon pggil gunung kn walau di dlm lautan
Quote kelana36 26-1-2025 10:05 AM
Patut la tak nampak , puncaknya pun dalam laut walaupun gunung setinggi 880 km.
Quote Tinot7 26-1-2025 01:24 PM
Camana deme jumpa?
Quote AbukRokok 26-1-2025 01:48 PM
Wah gunung qaf ni - tanjakian
Quote nisako 27-1-2025 08:27 AM
wow
Quote copy_paste 27-1-2025 08:46 AM
kelana36 replied at 26-1-2025 10:05 AM
Patut la tak nampak , puncaknya pun dalam laut walaupun gunung setinggi 880 km.

bukan dalam air tp gunung tu dalam tanah
Quote Aribaariba 27-1-2025 05:38 PM
Under sea volcano. Bukan mount.
Dlm bahasa melayu je kita translate pakai 'gunung berapi'. Pas tu kita sendiri confuse kenapa panggil 'gunung'. But then disebabkan ada cerun/jurang nun dlm di lautan , peak yg menonjol ckit tu pun wpun masih di dalam laut, blh je dipanggil mountain

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036529 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top