CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siti Mastura lunas RM830,034.75 bayaran saman fitnah pemimpin DAP

28-1-2025 12:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7639| Komen: 6|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-27 204537.png


GEORGETOWN: Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, menyelesaikan bayaran sebanyak RM830,034.75 merangkumi ganti rugi, kos guaman dan faedah kepada veteran dan pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok susulan kalah saman fitnah seperti diputuskan Mahkamah Tinggi, 4 Disember lalu

Pembayaran dilakukan melalui cek ke akaun firma guaman yang mewakili ketiga-tiga plaintif, Datuk Sankara Narayanan Nair, semalam.

Peguam mewakili Siti Mastura, Yusfarizal Yussoff, berkata meskipun pembayaran sudah dibuat, pihaknya memohon wang berkenaan disimpan dalam akaun peguam plaintif sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan diselesaikan.

"Saya ingin memaklumkan satu persetujuan telah dicapai, dan saya percaya Datuk Nair (peguam pihak plaintif) boleh mengesahkan perkara ini.

"Defendan telah membuat pembayaran ke akaun firma guaman Datuk Nair dengan syarat wang berkenaan disimpan di dalam akaun tersebut sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan selesai," katanya kepada pemberita melalui aplikasi Zoom di sini, hari ini.

Sankara mengesahkan cek pembayaran berkenaan diterima lewat malam tadi dan jumlah itu termasuk faedah, menjadikan keseluruhan RM830,034.75.

"Walaupun cek itu tertakluk kepada kelulusan (bank), kami yakin ia sah. Klien saya berpuas hati, dan kami menerima cek tersebut.

"Persetujuan ini akan direkodkan dan kami akan mengeluarkan surat aku janji yang diperlukan," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menjadualkan prosiding hari ini untuk memutuskan permohonan Siti Mastura bagi menangguhkan pembayaran kepada ketiga-tiga plaintif.

Bagaimanapun, peguam defendan memberitahu pemberita, perkara itu sepatutnya disebut dalam kamar kerana terdapat perkembangan penting yang perlu dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Datuk Quay Chew Soon.

Yusfarizal turut memaklumkan notis rayuan telah difailkan di Mahkamah Rayuan dan mahkamah telah menetapkan 13 Mac sebagai tarikh pendengaran kes tersebut, yang kini berada dalam peringkat pengurusan.

Mahkamah Tinggi pada 4 Disember lalu memutuskan kenyataan Siti Mastura yang mengaitkan veteran serta pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok mempunyai pertalian dengan komunis dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai fitnah dan tidak disokong bukti.

Mahkamah turut mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi RM300,000 kepada Kit Siang, Guan Eng (RM250,000) dan RM200,000 kepada Teresa, selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plaintif sebagai kos.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 27-1-2025 09:46 PM
Dkt 1 juta ko bayar sia2 kt apek & nyonya nih.....
Quote B40tastePosh 27-1-2025 10:57 PM
Edited by B40tastePosh at 27-1-2025 10:58 PM

Sedih tengok gambar gambar ni....semoga PAS betul2 berubah ambil pengajaran

Sebusuk busuk mana musuh politik janganlah sampai angkat panji panji kafir.

DAP - PAS.jpg
Quote Zazama 28-1-2025 12:43 AM
Yg salah di kata betul. Yg betul di kata salah. Yg kebal bertambah kebal tp tak tau smpai bila.
Quote riyadhK 28-1-2025 01:05 AM
Lepas ni boleh fitnah lagi
Quote nono86 28-1-2025 03:36 AM
Banyaknya duit.. byr habis ptptn pun xsebanyak tu.. rugi la..
Quote mrsamz 28-1-2025 07:51 AM
Edited by mrsamz at 28-1-2025 07:52 AM

Banyak duit ni mana dia dapat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.103755 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top