CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pempengaruh dakwa gambar disunting tak berpakaian, dijual RM18 sekeping dalam laman sosial

28-1-2025 12:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7846| Komen: 9|Original author: Raline


hiasan_laporan_polis_(1)_1737608444.jpg


KUALA LUMPUR: Seorang pempengaruh kostum 'cosplay' tampil membuat laporan polis mendakwa gambarnya telah disunting menjadi tidak berpakaian dan dijual dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, berkata pihaknya telah menerima laporan daripada pempengaruh yang juga remaja perempuan warga tempatan berumur 18 tahun itu pada jam 4.13 petang Isnin lalu.

Susulan itu, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuka kertas siasatan serta bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengesan suspek.

"Remaja berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting menjadi tidak berpakaian sebelum dimuat naik dalam satu aplikasi laman sosial dan dijual pada harga RM18 sekeping.

"Pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya melalui talian 03-79662222.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 28-1-2025 02:33 PM
Mana bukti disunting..tunjuk laa before n after
Quote sharlenetexas 28-1-2025 02:35 PM
Gambar?

Quote ku_maria 28-1-2025 06:29 PM
Zaman AI kan, moga bertabah.
Quote gigahertz 28-1-2025 10:30 PM
mesti lepas sunting tak cantik.
Quote Jitu 28-1-2025 11:01 PM
ada ke yg beli bodonya
benda tu bersepah2 yg free
btw bagus la dia report klu biarkan nnt org ingat betul tu gambar dia
Quote Jitu 28-1-2025 11:04 PM
gigahertz replied at 28-1-2025 10:30 PM
mesti lepas sunting tak cantik.

18 ringgit kot mesti edit kaw2 tu
btw ko cuti2 ni tak check in.........ke
Quote AbukRokok 29-1-2025 01:26 AM
cina kot suka cosplay
Quote gigahertz 29-1-2025 01:28 AM
Jitu replied at 28-1-2025 03:04 PM
18 ringgit kot mesti edit kaw2 tu
btw ko cuti2 ni tak check in.........ke

jin qarin i tak bagi check in
Quote tumpanglalu74 29-1-2025 03:14 AM
Bodohnye la hai yang pegi beli tu..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056301 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top