CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Cuma Tanya Adakah Saya Solat?” – Anak Zainalabidin, Timur Dakwa Bapa Sudah Lama Tak Tanya Khabar

28-1-2025 12:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9275| Komen: 111|Original author: Raline


zainalll.png


Anak kepada penyanyi popular Datuk Zainalabidin iaitu Timur Gabriel membuat pendedahan mengenai hubungannya dengan bapa baru-baru ini.

Menerusi pendedahan dalam satu podcast, Timur berkata tiada sebarang usaha dilakukan untuk berdamai dan kembali berhubung sebagai seorang bapa.


Wanita berusia 30 tahun itu juga berkata bapanya juga tidak pernah bertanya khabar serta mendakwa tidak mahu ambil tahu mengenai dirinya.

“Kami berdua simpan nombor masing-masing, tetapi dia (Zainal) tidak berminat untuk bertanya khabar saya. Dia memang tidak menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya.

“Kalau kami berhubung dulu, dia cuma bertanya ‘awak sembahyang tak? Dia tidak pernah memberikan perhatian kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Timur berkata kali terakhir mereka berhubung dan bapanya memberikan ucapan hari raya atau hari lahir ketika dia berusia sembilan tahun.

Untuk rekod, Timur adalah anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isterinya, Natasha Gabriel. Selain Timur, mereka turut memiliki seorang anak lelaki, Mikhail. Bagaimanapun, dua anak itu di bawah penjagaan bekas isterinya selepas pasangan itu bercerai pada Disember 2000.

Sumber – Harian Metro, Rotikaya



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 27-1-2025 04:06 PM
kecewa tul zainal ngan ex wife dia…

sampai terbawa ke anak anak

wife pun satu hal….gi berscandal dengan tution teacher sapa suruh
Quote Sanitizer 27-1-2025 04:30 PM
Kancilkering replied at 27-1-2025 04:06 PM
kecewa tul zainal ngan ex wife dia…

sampai terbawa ke anak anak

oh ye ke... tak tahu pulak gosip ni
Quote BoongaKertas 27-1-2025 04:55 PM
sedih plak iols dgr si gabby ni ckp. muka dia nmpk lah sbnrnye mcm emo dgn apaknya. tp dia pandai tkr benda serius/sedih jd kelakar. hahaha! the only time she used his father's name masa nak buat passport. sbb nak fastlane. mengekek meols.
Quote merahrose 27-1-2025 06:22 PM
Kancilkering replied at 27-1-2025 04:06 PM
kecewa tul zainal ngan ex wife dia…

sampai terbawa ke anak anak

bini pn bkn 100% salah dlm perkhawinan tu..7 thun kawen bru cerai msti la something wrong somewhere smpai terjadi skandal...
ksian kt anak2 je terbiar sbb marah mak
Quote Shayang 27-1-2025 07:10 PM
Kancilkering replied at 27-1-2025 04:06 PM
kecewa tul zainal ngan ex wife dia…

sampai terbawa ke anak anak

Betul ke nih?
Bukan dia ke yg wat pangai
Mcm penah ada thread je pasal dia sblm ni
Ke org lain? Pening la aku pikir
Mana nak pikir siapa 50 orang artis yg bankrap lagi
Quote Kancilkering 27-1-2025 07:13 PM
merahrose replied at 27-1-2025 06:22 PM
bini pn bkn 100% salah dlm perkhawinan tu..7 thun kawen bru cerai msti la something wrong somewher ...

tu lh…perangai para ex suami berbilang bilang bila hadapi crisis….

anak lelaki dia sure hensem…..
Quote silampumeja 27-1-2025 07:19 PM
Dah lama fllow timur ni , haritu terbaca pasal statement dia kat papa dia ni barulah tahu dia anak zainal abidin. Sebelum ni mcm dengar info dia relative dgn jimmy choo. Ke siapa ek. .rasanya dialah kan
Quote dua_chzy 27-1-2025 07:23 PM
Lagi satu bapak tak guna lepas Halim Othman.

Btw lawa anak dia macam Pelipin yang lawa.
Quote B40tastePosh 27-1-2025 07:30 PM
Kecewa seorang bapa dan seorang suami….pertayaan Dah solat tak tu….cukup menunjukkan kekecewaan nya…mungkin kecewa dgn dirinya juga.
Quote jihah_kudat 27-1-2025 07:41 PM
BoongaKertas replied at 27-1-2025 08:55 AM
sedih plak iols dgr si gabby ni ckp. muka dia nmpk lah sbnrnye mcm emo dgn apaknya. tp dia pandai tk ...

kan aku pun nampak personaliti dia fun..she sebenarnye retis jugak ke aku tak tengok lagi video tu full..sedih okay kalau bapak tak wish happy birthday..
Quote Duta lover 27-1-2025 07:41 PM
Lebih kepada nk judge anak dia x prektis islam je kan dr soalan tu. Dah salah ko jugak tak bagi dia ilmu agama masa kecik ..
Quote sharlenetexas 27-1-2025 07:42 PM
Headwind masih perform kat club ke? Dulu dengar cikki yg jadi penyanyi nyanyi lagu hanya di radio. Group member lain iols tak kenal.

Quote noor2 27-1-2025 08:00 PM
Laaaa engkau dah umur 30an..bukan 3 tahun...patut engkau yg tanya khabar bapak
Quote scarflicious 27-1-2025 08:08 PM
noor2 replied at 27-1-2025 08:00 PM
Laaaa engkau dah umur 30an..bukan 3 tahun...patut engkau yg tanya khabar bapak

bapak tak jaga sejak kecik beb. buat apa di tanya. udah rasa seperti di buang.
Quote noor2 27-1-2025 08:21 PM
scarflicious replied at 27-1-2025 08:08 PM
bapak tak jaga sejak kecik beb. buat apa di tanya. udah rasa seperti di buang.

Mmg x yah harap la kalau dari kecik mmg beliau ignore
Quote noor2 27-1-2025 08:26 PM
Off topic...azwan.Ali sakit ke...tgk kat tiktok dia berkerusi roda...mcm x sihat je..tua benar dah rupanya..brp umurnya
Quote azimodin 27-1-2025 08:43 PM
Kalau aku jadi anak pon sentap jugak. Ya soalan tu valid tapi pastikan keperluan yg lain dipenuhi jugak. Apa je usaha si bapak nak pastikan anak masih ikut ajaran agama? Setakat tanya je baik x payah.
Quote merahrose 27-1-2025 08:46 PM
noor2 replied at 27-1-2025 08:00 PM
Laaaa engkau dah umur 30an..bukan 3 tahun...patut engkau yg tanya khabar bapak

based on petikan berita last tnya anak tu sembahyang ke x umr 9 thun...that all so nk brtnya khabar buat apa buang masa kt org xnk kita...another isu wartawan bodoh p tnya zainal tu timur dh kawen ke jwpan xtau la sbb xda pn anak tu minta izin jd wali...setakat derma sperma xyh la bertnya khabar
Quote mamakoya 27-1-2025 09:14 PM
apo telepon tanya sembahyang ke tidak..apaknya sundrik dulu org nampak merokok kt besment PERTAMA di bulan puasa di siang hari

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.060620 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top