PETALING JAYA – Seorang ibu yang tular kerana sanggup menolak ‘stroller’ anak autistik pada pukul 3 pagi semata-mata untuk mencari roti kini koma selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kampung Selamat, Sungai Buloh, semalam. Kemalangan tragis itu berlaku pada pukul 2 pagi berhampiran Stesen MRT Kampung Selamat melibatkan wanita itu, suaminya dan anak pasangan tersebut. Keluarga mangsa merayu saksi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. Permintaan itu disuarakan adik mangsa, Sharifah Maizatul Syed Mansor menerusi hantaran di Facebook semalam. “Kami mencari saksi kes langgar lari kakak, abang ipar serta anak buah di Jalan Kampung Selamat malam tadi. Terima kasih, hanya Allah mampu membalas jasa anda,” tulisnya. Menurut Sharifah, kakak dan abang iparnya dalam keadaan kritikal dan masih belum sedarkan diri. Anak mereka pula cedera ringan.
“Kami amat berharap ada saksi yang melihat kejadian itu untuk membantu siasatan. Alhamdulillah, anak mereka selamat, tetapi kakak dan abang ipar masih belum sedarkan diri,” katanya. Orang ramai yang berada di lokasi atau mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi keluarga mangsa atau pihak berkuasa. Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan seorang ibu sanggup menolak ‘stroller’ bersama anaknya pada pukul 3 pagi semata-mata untuk memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang mahu makan roti. Menerusi video dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Najmi pada TikTok @nxjmxe, pekerja p-hailing untuk terjumpa wanita tersebut bersama anaknya ketika melalui jalan raya di Kuang, Selangor. Sumber– KOSMO! ONLINE |
L.U.S.M replied at 28-1-2025 08:57 AM
Timing 2-3pagi org xde jln gelap...roti tu xboleh ke beli siap2...minta maaf ckp...mmg saje menempah ...
BungaKencana replied at 28-1-2025 09:36 AM
Kemalangan tragis itu berlaku pada pukul 2 pagi berhampiran Stesen MRT Kampung Selamat melibatkan wa ...
pocongkiutss replied at 28-1-2025 09:49 AM
Kemalangan ni jd hr lain kan..lepas viral rider tu jumpa acik ni tolak stroller
IzzahF replied at 28-1-2025 09:53 AM
noh rokiah, kenapa org marah kat arwah? bukan ke dorang kemalangan hari lain bukan hari yg sama jump ...
pocongkiutss replied at 28-1-2025 09:05 AM
Ko ni pun..tah2 dah beli 10 bijik roti pastu anak tu bedal sampai stok habis..budak2 umur gitu bol ...
koko2 replied at 28-1-2025 09:05 AM
Boleh dak kalo kata sayang anak tak bertempat?? satgi msuk grup ibu2 anak sutisme dok bekap KO TAU A ...
L.U.S.M replied at 28-1-2025 10:08 AM
Nk komen tp otak xpakai..ko tgk tak vtt tu berapa biji roti dia beli?
Mmg ank autism ada tantrum. ...
syamzana replied at 28-1-2025 10:37 AM
pkl 2 pagi depa bertiga kene hentam dari blkg tu tatau la keluar sebab apa.
yg tolak stroller cari r ...
koko2 replied at 28-1-2025 09:05 AM
Boleh dak kalo kata sayang anak tak bertempat?? satgi msuk grup ibu2 anak sutisme dok bekap KO TAU A ...
ADVERTISEMENT