Moscow: Aplikasi kecerdasan buatan (AI) China - DeepSeek melepasi ChatGPT OpenAI dalam bilangan muat turun di stor aplikasi mudah alih di beberapa negara, menurut data dagangan dan kedudukan stor aplikasi pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti. DeepSeek meningkat popularitinya selepas kemas kini baharu dikeluarkan pada awal Januari. AI China kini merupakan aplikasi teratas di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan China, meninggalkan ChatGPT di belakang. Pada 20 Januari, DeepSeek mengumumkan pelancaran versi pembantu R1 berdasarkan kecerdasan buatan yang tidak ketinggalan di belakang ChatGPT. Sektor teknikal menyaksikan penurunan susulan kebangkitan DeepSeek - niaga hadapan Nasdaq-100 menyusut hampir tiga peratus, manakala saham Advantest, pembekal Nvidia, turun 8.6 peratus dalam dagangan di Tokyo. DeepSeek adalah makmal kecerdasan buatan China yang mengkhusus dalam pembangunan model bahasa besar (LLM).
ChatGPT, chatbot kecerdasan buatan, dibangunkan oleh OpenAI dan dilancarkan pada 2022. Sumber– Harian Metro |
ultra78 replied at 28-1-2025 08:37 PM
Tenggelam terus berita ni disebabkan spam..
vespa_oren replied at 28-1-2025 01:32 PM
Done download
Viral kt fb aku
Terus muncul kt forum cari psl ini
Dwdrum replied at 28-1-2025 10:38 PM
Nvidia tidak rugi sebab deepseek ini guna GPUs depa...guna Ai chip china tiada lithography mechine u ...
grouper replied at 28-1-2025 07:08 AM
600 billion dollar market value yg hilang masih kata nvdia x rugi...
ultra78 replied at 28-1-2025 10:35 PM
Dah tak boleh register
tumpanglalu74 replied at 29-1-2025 03:23 AM
Aikk ye ke sis?
tumpanglalu74 replied at 28-1-2025 09:15 PM
Dah install dah sis. Lawak aku main2 dengan dia:
Jitu replied at 28-1-2025 10:55 PM
orang lonely suka la kan benda AI ni
iols tak blh la nak juga interaksi secara face 2 face rasa ...
ADVERTISEMENT