CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam ditahan disyaki pecah rumah, tetak mangsa

29-1-2025 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7237| Komen: 14

 


Subang Jaya: Polis berjaya menahan enam individu dipercayai terbabit pecah rumah dan menetak dua mangsa di Jalan Bunga Melur, Batu 14, Puchong dalam tempoh kurang 24 jam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 12.13 tengah malam semalam menerusi panggilan MERS 999.

Menurutnya, dianggarkan 11 orang lelaki memakai topeng dengan membawa beberapa bilah parang bertindak masuk ke rumah mangsa.

"Kumpulan penjenayah yang menaiki tiga kereta membuka pagar serta pintu rumah yang tidak berkunci dan kemudiannya terus berlari masuk ke dalam kediaman itu.

"Suspek menyerbu dua mangsa lelaki yang berusia 31 dan 38 tahun yang berada di ruang tamu rumah dan menetak berkali-kali menggunakan parang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek kemudiannya melarikan diri, manakala dua mangsa parah ditetak pada bahu, badan, kaki, tangan serta beberapa bahagian tubuh lain.


Menurutnya, mangsa menerima rawatan di Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil.

"Gerakan memburu suspek susulan laporan berjaya menahan enam lelaki berusia 23 hingga 28 tahun pada 8 malam Ahad dan merampas parang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Tiada barang mangsa yang hilang. Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Mohd Fairus berkata, kesemua suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah dan rekod narkotik lampau.

Menurutnya, mereka direman tiga hari hingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 394/326 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Khairulazizi Ismail di talian 019-2817820," katanya.


Sumber– Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 28-1-2025 09:58 AM
dendam la tu xpn ade xpuas ati
Quote bpbbppbp 28-1-2025 10:27 AM
Nasib baik parang bhn bukti masih ada, sng sikit nak dakwa. Mohon kne hukuman maksimum. Mngkin mngsa kenal org2 ni jugak sbb tu cpt dpt.
Moga mngsa cpt sembuh.
Quote wikedsaikel 29-1-2025 05:23 PM
Macsm perang gengsta je instead of break ins biasa.
Quote mehmet 29-1-2025 06:02 PM
Nasib baik ada cctv.
Quote ChildrenOfBodom 29-1-2025 08:38 PM
klink on klink crimes ka ni?
Quote naina 30-1-2025 01:15 AM
Scaryyyy tengok video tu
Ramai2 gangster masuk rumah bawak parang panjang bagai..tergila sekali.
Quote Kitty_catz 31-1-2025 10:21 AM
berebut kawasan letewww
Quote gorjeous 31-1-2025 11:05 AM
Ngeri tgk video..
Quote Momohizan 1-2-2025 01:44 AM
Ni memang niat nak serang ni, dah aim sesiap. Orang kalau pecah rumah nak merompak takkan tetak berkali2.
Quote gigahertz 1-2-2025 02:38 AM
naina: Scaryyyy tengok video tuRamai2 gangster masuk rumah bawak parang panjang bagai..tergila sekali.

mangsa india ke ? Puchong mmg ramai india.
Quote dubuk 1-2-2025 09:38 AM
Videooo manaaa

Inikah perkhidmatan yang cekap??
Quote nw111 1-2-2025 10:11 AM
Samseng vs gangster???
Quote downiey 2-2-2025 11:13 AM
seramnye
Quote cmf_premierleag 2-2-2025 11:15 AM
Aku ada tgk cctv yg reramai bwk parang n masuk rumah tu
Pastu anjing dia siap ketakutan lg...siap lari ke belakang rumah..kesian hanjeng

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050509 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top