CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ini Ujian Saya Masuk ‘Dobi’ Untuk Cuci Hati, Saya Nak Bersihkan Nama” - Along Cham

30-1-2025 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2920| Komen: 4

 


Pelawak Along Cham tidak dapat menahan air mata sebaik dibebaskan sementara sebaik selesai membayar ikat jamin RM5,000 di Kompleks Mahkamah Sepang hari ini.

Memetik Harian Metro, Along menyifatkan apa yang berlaku adalah ujian untuk dirinya dan mahu membersihkan namanya.

“Ini ujian saya masuk ‘dobi’ (penjara) untuk cuci hati saya, saya cuma mahu membersihkan nama yang sudah difitnah, di sana (penjara) wang ringgit tidak berguna.”

“Hari ini benda yang mustahil untuk berlaku tetapi Allah yang beri jawapan, terima kasih kepada semua yang berusaha keras untuk membersihkan nama saya,” katanya.

Sementara itu, Along berkata kerjayanya terjejas dan projek hiburan tertangguh susulan pendakwaan dihadapi namun dia yakin Allah tahu apa yang terbaik.

“Tidak sangka masa banyak kerja ini, saya direhatkan, tapi saya yakin Allah tahu mana yang terbaik untuk saya,” katanya.


Menurut Along lagi, sejak dihantar ke Penjara Sungai Buloh pada 23 Disember lalu, dia dalam keadaan longlai namun berterima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia.

“Tetapi saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia yang menyambut saya dengan senyuman, mereka beri saya semangat.

“Terima kasih juga kepada pembenci saya, banyak juga fitnah saya dengar walaupun berada dalam penjara,” katanya.

Sumber– Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 30-1-2025 12:17 PM
Semoga dipermudahkan dengan kebenaran..

OT sikit - pelawak yang ditahan di Saudi tu siapa ye?
Quote Binodino 30-1-2025 12:21 PM
imransulaiman: Semoga dipermudahkan dengan ke ...

Yasin senario
Quote Binodino 30-1-2025 12:22 PM
Pitenoh apanya kalau urine pun sangkut. Lain la ada barang tapi urine kau tak sangkut, boleh la kau nak kata dipitenoh.

Quote Lily_Elizabeth_ 30-1-2025 02:34 PM
Asik pakai mask jer!!!!.
Doctor pakar pun kat klenet enggak mahu pakai mask.

Heran Aku mask semedang ni, mulut senget kut kan asik kebulan je.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.029187 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top