CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?

28-1-2025 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16295| Komen: 252|Original author: Raline


IMG_9147.jpeg


Pelakon dan pelawak, Along Cham mengesahkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya, pagi ini.

Memetik BH Online, Along dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik pada jam 11 pagi ini namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik, hari ini. Kita tunggu episod seterusnya,” katanya.

Semalam, Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Along didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.

Sumber– BH Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 28-1-2025 11:30 AM
Aik apa maksud cerai taklik? Bini ni kemain bekap heols lepas tertangkap
Quote jihah_kudat 28-1-2025 11:34 AM
doubleA replied at 28-1-2025 03:30 AM
Aik apa maksud cerai taklik? Bini ni kemain bekap heols lepas tertangkap

kan ingatkan sehidup semati..semalam aku baca bini dia tak bertegur sapa dgn mak si along..harini dah cerai..punya la bini beria-ria fight nak bagi keluar ujung2 cerai jgn ada plot twist barang tu wife dia punya sudah la..
Quote anggeriklatifah 28-1-2025 11:35 AM
Rsenya langgar taklik kot ni

maybe dia dgn isteri ada buat perjanjian semasa dlm perkhwinan
contoh '' kalau sy betul ambil dadah sy cerai awk''
skali memg betul ambil dadah
atau pon ''kalau awk jumpa org ni org tu jatuh talak''
pastu isteri dia memg jumpa org tersebut..so jatuh lah talak

ni lah yg aku faham kalau pasal taklik2 ni..perjanjian yg dibuat semasa dlm perkahwinan dan perjanjian tu disebutkan talak...so jika janjian tu dilanggar jatuh lah talak
Quote dua_chzy 28-1-2025 11:36 AM
Aik, bukan wife kemain bekap?
Quote Zeelalala 28-1-2025 11:52 AM
1) Pasal mak mertua sheols
2) Pasal dadah sebenar milik siapa
3) Pasal report dadah tu
4) Pasal jantan lain

Sekian spekuan
Quote BoongaKertas 28-1-2025 11:54 AM
kesiannya dgr kalau betul akan bercerai.
Quote chandrahusin 28-1-2025 11:56 AM
ada la tu terlanggar apa2 perjanjian
nnt rujuk la balik
klu nak rujuk laa
Quote encikWawad 28-1-2025 12:08 PM
dadih milik siapakahhh
Quote lightheaded67 28-1-2025 12:34 PM
aik ayat dia, kita tunggu episod seterusnya
Quote ezacbee 28-1-2025 12:35 PM
So bini dia kantoikan ke camne?

Drama sangat
Quote asamfy87 28-1-2025 12:46 PM
Uishhh sape ada info tlg spilll
Quote red_velvet 28-1-2025 02:11 PM
anggeriklatifah replied at 28-1-2025 11:35 AM
Rsenya langgar taklik kot ni

maybe dia dgn isteri ada buat perjanjian semasa dlm perkhwinan

Betul..
Quote kucingitam 28-1-2025 02:13 PM
bukan ke br baca bini dia keguguran ke hapa kelmarin..
Quote pauliza 28-1-2025 02:15 PM
anggeriklatifah replied at 28-1-2025 11:35 AM
Rsenya langgar taklik kot ni

maybe dia dgn isteri ada buat perjanjian semasa dlm perkhwinan

Betul ,yg iols faham mcm ni jugak .
Quote shy79 28-1-2025 02:20 PM
aikk last2 kena cerai ke?
aritu kemain bekap laki..
ke dia yg perangkap lakinya hmmm
Quote imransulaiman 28-1-2025 02:33 PM
Nak buat filem betul ni!
Ada langgar janji kot...itu sebab taklik. Nak tak nak kena bercerai untuk menyempurnakan pengesahan lafaz taklik tu.
Kalau tak bersengketa besar dan masih ada perasaan ingin bersama, nanti boleh rujuk semyla dalam masa iddah..
Quote shalalat 28-1-2025 02:39 PM
Zeelalala replied at 28-1-2025 11:52 AM
1) Pasal mak mertua sheols
2) Pasal dadah sebenar milik siapa
3) Pasal report dadah tu

tambahan speku

4) pasal janji nak stop dadih tapi tak

Quote asfaz 28-1-2025 02:39 PM
bahaya lafaz taklik ni.
Quote Suci_Murni 28-1-2025 02:50 PM
rugi la bini dia jika dia guna duit sendiri pergi ikat jamin si along ni..
harap si along no hadir la nnt masa bicara... x hadir wang jaminan burn..
btw mat pet ni 10 ayat disebut.. 11 x bleh caya..

Lihat semua komen(252)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.124717 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top