Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya kurang meluangkan masa dengan anaknya, Nur Fatima Aisya.
Memetik Kosmo, Fattah berkata meskipun jadual kerjanya padat namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
“Perkongsian Instagram baru-baru ini menunjukkan antara momen saya dapat berjumpa dengan Fatima tapi sudah tentu situasi tidak sama macam dulu.
“Kalau ada yang kata saya sibuk sehingga ketepikan Fatima, itu tidak benar. Jadual kerja saya sudah disusun awal dan tarikh melawat Fatima juga sudah dipersetujui. Dalam sebulan, saya dibenarkan melawat dan bermalam bersama Fatima beberapa kali.
“Saya sentiasa masukkan waktu melawat dan bermalam dengan Fatima dalam jadual saya. Tiada istilah saya sibuk dan tidak masa untuk Fatima,” katanya.
Menurut Fattah, dia sentiasa menghubungi dan mencari masa untuk Fatimah serta mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama anaknya itu.
“Alhamdulillah saya dan Fazura sudah bersetuju dalam perjanjian sebelum ini, jadi saya dan Fatima dapat berjumpa. Sudah tentu sekarang saya tinggal berasingan dengan anak tetapi tanggungjawab sebagai ayah tetap ada dan memang mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama Fatima,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah berkongsikan dia tidak dapat menahan sebak dan rasa sedih apabila Fatima pernah bermimpikan dirinya kerana terlalu rindu.
“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy. Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” katanya.
Sumber– kosmo, Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|