CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michael Ang Tak Boleh Jejak Kaki Ke Tanah Perkuburan – ‘Kubur Cina Ke Islam, Kalau Pergi Mesti Akan Sakit’

30-1-2025 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3001| Komen: 7

 


Pengarah dan pelakon, Michael Ang mendedahkan dirinya akan mengalami sakit misteri setiap kali menjejakkan kaki ke tanah perkuburan.

Menerusi sesi podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan Safwan Nazri, Michael Ang berkata disebabkan itu dia tidak pernah melakukan sesi penggambaran filem atau drama di lokasi tanah perkuburan.


Saya tak boleh buat ‘shooting’ di lokasi tanah perkuburan sebab kalau buat mesti saya akan sakit macam demam dan tiba-tiba badan rasa berat.

Tak tahulah ada ‘benda’ ikut ke apa ke kan?

Tak kisahlah kubur Cina ke, kubur Islam ke saya akan duduk dalam kereta saja kalau ada ‘shooting’.


Tanyalah siapa yang pernah berlakon dengan saya, kalau babak di kubur memang saya tak akan pergi. Saya akan suruh pengarah pembantu yang pergi.

Kalau boleh memang saya akan cakap awal-awal pada penulis skrip, ‘Tak nak ada babak di kubur’.

Bercakap mengenai kematian, pengarah filem ‘Kimchi Untuk Awak’ ini memaklumkan bahawa dia tidak akan ke kubur untuk menziarah kematian sebaliknya hanya akan memberikan penghormatan terakhir  di rumah.

Ini waktu saya kecil lah, tak tahu lah nak percaya ke tak tapi mereka (keluarga) cakap yang saya memang tak boleh ke kubur.

Jadi, kalau ada orang meninggal macam sepupu ke pak cik, saya memang tak akan pergi. Saya akan ‘pay respect’ bila di rumah macam itu saja.

Tapi kalau ada orang yang sangat penting meninggal, saya akan pergi jugalah cuma memang akan sakit.


Sumber– Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 28-1-2025 01:29 PM
Berisi balik… dah macam apek kedai jual tilam
Quote dua_chzy 28-1-2025 06:38 PM
Cer explore dan kaji benda ni dari segi quantum fizik ngan spirituality. Maybe hado kaitan dengan energy, etc. Ho ho.
Quote mamajawie 29-1-2025 12:18 AM
Ha bagus aku dengar malam2 da terbayang2 scene kat tioman..anjirre
Quote zuriey 31-1-2025 12:49 AM
Kena badi lah tu
Bila balik rmh mesti ko terbayang2 arwah ada sebelah ko
Quote AkokKocik 31-1-2025 11:18 AM
Ada sorang pelakon, xingat sapa...cerita dia xblh prg tanah perkuburan sbb ada mewarisi ssuatu dr makayah dia...klu pergi umpama menjemput entiti kat tanah kubur tu utk bergaduh dgn benda dlm dirinya.
Quote Isninselasarabu 31-1-2025 11:44 AM
Pergi berubat lah
Quote Gokuuu 3-2-2025 02:54 AM
Ni sejenis cpt lekat badi mayat
Ko kena berubat.
Ada benda yg negatif dlm bdn ko

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.083593 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top